web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tangguhkan Bayaran Balik Perumahan LPPSA Sehingga Kediaman Siap Dibina

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2021 8:10PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) diminta menangguhkan bayaran balik perumahan sehingga kediaman peminjam siap dibina sepenuhnya atau selepas mereka menerima kunci masing-masing.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata, ketika ini syarat pembiayaan LPPSA menetapkan peminjam perlu membuat bayaran semula pinjaman selepas 24 bulan daripada tarikh kelulusan pembelian itu.

Katanya, pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak tahun lalu mengakibatkan banyak projek perumahan tergendala dan tidak dapat disiapkan mengikut tarikh ditetapkan.

“Perkara ini mengakibatkan ada peminjam terpaksa membayar balik pembiayaan mereka walaupun kediaman masih belum disiapkan pemaju ekoran projek yang tidak dapat disiapkan dalam tempoh 24 bulan.

“Situasi ini mengakibatkan penjawat awam yang membuat pembiayaan LPPSA terpaksa mengeluarkan perbelanjaan berganda, iaitu membayar sewa rumah sedang didiami dan bayaran bulanan penuh pinjaman untuk rumah masih belum siap,” katanya kepada Getaran.

Adnan berkata, CUEPACS mengharapkan LPPSA mampu memahami situasi semasa yang melanda negara, kerana banyak kerja pembinaan perumahan tertangguh  disebabkan COVID-19.

Jelasnya, walaupun perkara berkenaan terkandung dalam perjanjian, sewajarnya kerajaan dan LPPSA menggunakan budi bicara untuk menyelesaikan permasalahan terbabit.

Beliau berkata, dalam keadaan ekonomi tidak begitu baik kini, keperluan membayar pinjaman itu adalah situasi yang sangat memeritkan apabila peminjam perlu dipotong gaji setiap bulan untuk memenuhi komitmen berkenaan.

“Sudahlah tiada moratorium diberikan untuk pinjaman LPPSA, mereka ini dibebani keperluan bayaran penuh rumah yang masih tidak siap.

“Tambahan pula dengan kos barangan naik mendadak ketika ini, mengakibatkan pengurangan dalam pendapatan boleh guna penjawat awam,” katanya.

Menurut Adnan, CUEPACS sekali lagi memohon pertimbangan kerajaan untuk memberikan moratorium kepada penjawat awam yang mempunyai pembiayaan perumahan melalui LPPSA.

Alasan bahawa penjawat awam dan pesara masih menerima gaji serta pencen penuh bagi menampung perbelanjaan bulanan, katanya, tidak wajar digunakan untuk menolak pemberian moratorium pinjaman LPPSA.

Kerajaan, jelasnya, perlu melihat penjawat awam berkenaan dalam konteks isi rumah yang berkemungkinan terkesan dengan COVID-19 dan bukannya sebagai individu semata-mata.

“Jika faktor individu diambil kira, masih ramai peminjam insititusi kewangan lain tidak terjejas, tetapi layak mendapat moratorium pinjaman.

“Tetapi apabila diukur daripada sudut isi rumah, sudah semestinya perkara ini dipertimbangkan bagi pemberian moratorium, justeru masih belum terlewat untuk memberikan bantuan ini sekurang-kurangnya tiga atau enam bulan,” katanya. - Getaran, 9 Disember 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad