web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibu Durjana Ragut 3 Warga Emas, Pura-Pura Mohon Bantuan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2021 7:48PM

Shafien Mamat (depan) - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang ibu durjana tergamak mendedahkan anak lelakinya dengan jenayah dilakukan, apabila membawa kanak-kanak itu bersama setiap kali dia melakukan perbuatan tersebut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, perbuatan wanita berkenaan bagaimanapun terbongkar apabila dia ditahan polis di sebuah rumah di Tawang, dekat Bachok.

Menurut beliau, suspek berusia 27 tahun yang bekerja sebagai tukang masak ditahan pada jam 3.15 pagi, Sabtu lalu selepas pihak polis menerima laporan daripada kesemua mangsa.

"Modus operandi suspek adalah menyamun warga emas yang tinggal berseorangan.

"Dia akan menunggang motosikal dan pergi ke rumah mangsa untuk meraih simpati dengan membawa bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun.

"Wanita itu berpura-pura ingin meminta bantuan dan mangsa yang simpati terdorong memberi sumbangan wang tunai," katanya hari ini.

Shafien berkata, suspek bertindak meragut barang kemas dipakai mangsa sebaik menerima bantuan wang tunai tersebut dan melarikan diri.

"Setakat ini tiga warga emas sudah menjadi mangsa, termasuk wanita yang berusia 82 tahun. Ketiga-tiga mereka tinggal seorang diri di rumah," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, suspek menghampiri mangsa dan pura-pura bertanyakan tentang rumah seseorang atau meminta bantuan wang untuk membeli susu anaknya, sebelum meragut rantai leher serta mengambil barang kemas lain yang dipakai.

"Suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

"Pihak polis ingin menyeru kepada orang ramai, atau individu lain yang menjadi mangsa supaya tampil membuat laporan di balai polis berhampiran. - Getaran, 9 Disember 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar