Berita Terkini

23 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Perbicaraan Kes Rasuah Projek Solar Ditangguhkan, Rosmah Kontak Rapat Kes COVID-19

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 4:26PM

Rosmah tidak dapat memasuki pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan perbicaraan kes rasuah yang dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembekalan projek solar hibrid kepada 369 sekolah di luar bandar di Sarawak berikutan status MySejahtera menunjukkan beliau kontak rapat kes COVID -19.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan turut melapangkan perbicaraan yang dijualkan esok, selepas peguam Datuk Jagjit Singh memberitahu mahkamah bahawa status MySejahtera anak guamnya itu berwarna jingga.

“Anak guam saya hadir hari ini dan kami menyuruh beliau tunggu di dalam kereta sama ada  Yang Ariff  mahu meneruskan prosiding atau melapangkan perbicaraan.

“Status MySejahtera suami beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak) adalah merah,” kata peguam itu.

Ketika ditanya Mohamed Zaini sama ada Datuk Seri Najib positif COVID-19, Jagjit menjawab:

“Saya tidak pasti, tetapi saya dimaklumkan status (MySejahtera) beliau berwarna merah.

Hakim Mohamed Zaini berkata warna merah bermakna individu terlibat didapati positif COVID-19, namun peguam menjawab beliau tidak pasti.

“Hakim Mohamed Zaini berkata prosedur operasi standard (SOP) kompleks mahkamah itu hanya individu mempunyai paparan status MySejahtera berwarna biru boleh dibenarkan masuk ke bangunan berkenaan manakala individu yang menjadi kontak rapat atau kasual, tidak dibenarkan memasuki premis berkenaan.

“Walaupun saya menegaskan beliau (Rosmah) untuk masuk ke dalam bangunan, namun pihak keselamatan di tingkat bawah tidak akan membenarkan beliau masuk, jadi mereka boleh membantah keputusan saya. Ini adalah peraturan ketat yang saya perlu patuhi. Jadi, saya akan melapangkan persidangan hari ini dan esok,” kata hakim itu.

Beliau turut mengarahkan peguam bela supaya menyemak dan mengemas kini status MySejahtera Rosmah kerana perbicaraan perlu diteruskan pada Jumaat ini.

“Ini tanggungjawab yang perlu anda pikul...anda perlu memastikan anak guam anda mengemas kini status MySejahtera beliau dan memaklumkan kepada mahkamah mengenai sebarang perkembangan terkini.

“Jika statusnya biru (berisiko rendah), kami akan meneruskan perbicaraan pada Jumaat,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah, beliau telah dimaklumkan oleh peguam bela bahawa Rosmah telah menjadi kontak rapat dengan individu yang menghidap COVID-19.

“Saya serahkan sepenuhnya kepada Yang Arif kerana kami bersedia untuk meneruskan pemeriksaan balas ke atas Rosmah, tetapi bergantung kepada keputusan Yang Arif,” kata Sri Ram, yang merupakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, Hakim Mohamed Zaini turut meminta pihak pembelaan menjelaskan kepada mahkamah mengenai alasan Rosmah gagal pulang ke tanah air selepas lawatannya ke Singapura pada 21 November sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah pada Oktober lepas.

“Daripada berita yang saya baca di akhbar, mengikut perintah yang saya keluarkan pada 15 Oktober 2021, adakah anda ingin menjelaskannya? Kerana menurut arahan yang saya berikan itu, anak guam anda sepatutnya pulang ke Malaysia pada atau sebelum 21 November, dan berdasarkan apa yang saya baca di akhbar beliau tidak kembali pada tarikh tersebut.

“Tetapi perkara itu bagi saya, ia hanya khabar angin, saya ingin mendengar daripada anda sendiri Datuk Jagjit,” kata hakim itu.

Jagjit menjelaskan bahawa terdapat perubahan dalam rancangan perjalanan anak guamnya itu memandangkan terdapat perubahan pada peraturan kuarantin di bawah Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) yang baharu antara Malaysia dan Singapura dan beliau mewakili Rosmah memohon maaf kepada mahkamah.

Hakim Mohamed Zaini berkata perintah mahkamah itu mesti dipatuhi pada setiap masa.

“Saya faham mengenai perubahan dasar kerajaan ... bagaimanapun, perintah saya tidak berubah. Perintah itu tidak dikeluarkan jika kami membenarkan ia dilanggar. Anda sebagai peguam, sekurang-kurangnya selama 30 hingga 40 tahun ... anda sepatutnya lebih arif,” kata hakim.

Pada 15 Oktober lepas, Hakim Mohamed Zaini membenarkan permohonan Rosmah untuk memulangkan sementara pasportnya bagi membolehkannya ke Singapura untuk melawat anak sulungnya, Nooryana Najwa, yang melahirkan anak keduanya.

Hakim Mohamed Zaini berkata Rosmah mesti pulang ke Malaysia sebelum atau pada 21 November dan pasport beliau mesti dikembalikan ke mahkamah sebelum atau pada 6 Disember 2021.

Rosmah, 69, menghadapi pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings untuk mendapatkan projek bernilai RM1.25 bilion untuk membekalkan tenaga hibrid solar kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Permohonan Rosmah Masukkan Kerajaan, Polis Sebagai Pihak Ketiga Didengar 29 Mei

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rosmah Kemuka Representasi Baharu Gugur 17 Pertuduhan

3

Pendidikan 4 bulan yang lalu

Universiti Awam Digalak Pasang Panel Solar Untuk Jimat Guna Tenaga Elektrik

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Rosmah Dapat Pasport Untuk Lawat Anak Di Singapura

Sorotan

1

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

2

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

3

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

4

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

5

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

6

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 8 jam yang lalu

WHO Gesa Lindungi Semua Hospital Di Gaza

Semasa 22 jam yang lalu

Joseph Kurup, Pemimpin Veteran Sabah, Meninggal Dunia

oleh Fida Ruzki

Semasa 23 jam yang lalu

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar – Saksi

Semasa 1 hari yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang