web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengembara Luar Perlu Jalani Ujian COVID-19, 6 Hari, Mulai Esok

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2021 8:57PM

Gambar fail menunjukkan ketibaan pelancong ke Langkawi menerusi LITB pada November lalu. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengembara dari luar negara bagi kategori Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) udara dan darat, Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) dan One Stop Centre (OSC) untuk pelawat perniagaan jangka pendek, perlu menjalani ujian COVID-19 selama enam hari selepas tiba di Malaysia. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata keperluan itu berkuat kuasa esok dan merupakan tindakan pengukuhan Kementerian Kesihatan (KKM) kepada langkah pencegahan dan kawalan sedia ada, bagi mencegah kemasukan dan penularan varian Omicron ke negara ini. 

“Pengembara kategori tersebut perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 semasa ketibaan di Malaysia, ujian RTK-Ag atau ujian pantas antigen (kendiri) pada hari kedua, keempat dan keenam selepas ketibaan dan melakukan ujian RTK-Ag (profesional) pada hari ketiga dan kelima selepas ketibaan.

“Bagi pengembara LITB, mereka perlu menjalani ujian RT-PCR dalam tempoh dua hari sebelum berlepas keluar dari Pulau Langkawi. Semua keputusan ujian perlu dilaporkan melalui aplikasi MySejahtera,” katanya dalam kenyataan mengenai tindakan pengukuhan pencegahan dan pengawalan COVID-19 bagi pengembara dari luar negara hari ini. 

Selain menetapkan pengembara daripada kategori tersebut perlu lengkap vaksinasi, Khairy berkata mereka juga dikehendaki melakukan ujian RT-PCR dalam masa dua hari sebelum berlepas ke Malaysia, menggantikan prosedur terdahulu yang menetapkan 72 jam sebelum berlepas.

Khairy berkata bagi pengembara dari lima negara yang melaporkan penularan varian Omicron dalam komuniti iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Perancis dan Norway, mereka juga perlu melakukan ujian RT-PCR dalam masa dua hari sebelum berlepas ke Malaysia dan perlu memakai peranti pengesanan digital sepanjang tempoh kuarantin wajib.

Keperluan melakukan ujian RT-PCR dalam masa dua hari sebelum berlepas ke Malaysia dan pemakaian peranti pengesanan digital semasa kuarantin wajib juga terpakai bagi pengembara (warganegara dan pemegang pas lawatan jangka panjang) dari lapan negara yang dikenakan sekatan perjalanan sementara sebelum ini.

Menurut Khairy, tindakan pengukuhan yang dilaksanakan KKM itu akan disemak dari semasa ke semasa.

Sehingga semalam, sebanyak 43 negara telah melaporkan kes COVID-19 jangkitan varian baharu Omicron dengan lapan daripadanya dikenakan sekatan perjalanan sementara bermula 27 November lepas melibatkan Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malaw

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad