web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Varian Omicron ‘Signal’ Kita Hampiri Fasa Endemik?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2021 12:00PM

Sebahagian penumpang dilihat memakai pakaian lengkap (PPE) ketika tinjauan Bernama di KLIA. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Varian Omicron berkemungkinan besar boleh ‘menewaskan’ Delta dan menjadi strain dominan kes COVID-19 di seluruh dunia.

Begitupun, Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, masih terlalu awal untuk mengetahui keputusannya kerana kajian masih dilakukan ketika ini.

“Ada beberapa saintis luar negara beritahu Omicron akan jadi varian dominan tapi kita tak pasti sebab varian baharu. Namun kebarangkalian itu ada.

“Kelebihan Omicron pula adalah setakat ini tidak ada kematian berkaitan dengan varian ini walaupun di luar negara. Hanya kes ringan dan sederhana sahaja. Itulah yang dinyatakan para saintis. Namun kita masih menunggu hasil kajian tersebut,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Menurut beliau, kemunculan Omicron seolah-olah memberi bayangan bahawa varian baharu yang muncul ketika ini semakin lemah dan akan menjadi endemik.

“Ada beberapa pendapat mengatakan Omicron dah ‘telan’ mutasi kepada varian-varian baharu yang agak lemah.

“Keadaan itu menyebabkan COVID-19 akan menjadi seperti penyakit selesema biasa. Simptomnya yang ringan mungkin menjadi jalan keluar daripada pandemik ini.

“Tapi tempoh masa itu kita tak pasti. Jadi sekarang apa yang dilakukan saintis di peringkat antarabangsa adalah memastikan negara-negara mempunyai stok vaksin agar penduduknya ada imuniti terhadap varian tersebut,” katanya.

Dr Sharifa Ezat bagaimanapun berkata, varian Omicron yang mudah berjangkit berisiko tinggi menyebabkan jangkitan semula berbanding varian Delta.

“Ini bermakna terdapat kemungkinan lebih tinggi kepada individu yang sudah sembuh daripada COVID-19 boleh dijangkiti semula dengan varian Omicron.

“Tetapi jangkitan varian tersebut tak semestinya menyebabkan kematian. Ia lebih kepada gejala ringan seperti demam dan selesema biasa,” katanya.

Walaupun kemunculan varian Omicron menimbulkan tanda tanya ramai mengenai keberkesanan vaksin COVID-19 yang digunakan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Dr Sharifa Ezat berkata, kesemua vaksin yang digunakan di negara ini berkesan melawan varian tersebut.

“Setakat ini saintis luar negara beritahu vaksin kita berkesan, tapi tak tahu berapa peratus keberkesanannya.

“Tetapi kalau kita lihat secara umum, vaksin memang dapat mengurangkan keparahan kes. Jadi vaksin masih diperlukan dan mampu melindungi kita daripada kesan teruk jangkitan,” katanya.

Susulan itu, beliau menyarankan orang ramai terutamanya golongan berisiko tinggi supaya mengambil dos penggalak kerana ia benteng utama melawan virus COVID-19.

“Jadi sebaik-baiknya dos penggalak ini diberi kepada golongan berisiko tinggi seperti petugas barisan hadapan, warga emas dan mereka yang mempunyai komorbid.

“Dos penggalak juga dapat mengurangkan risiko keparahan jangkitan COVID-19 selain patuh prosedur operasi standard (SOP),” katanya. - Getaran, 7 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar