web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: 114 Pelajar Seri Puteri Di MAEPS, Dalam Keadaan Baik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2021 9:23PM

Seramai 114 pelajar Sekolah Seri Puteri Cyberjaya sedang menjalani kuarantin selepas disahkan positif COVID-19 di PKRC 2.0, MAEPS, Serdang. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Kesemua 114 pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Seri Puteri Cyberjaya yang sedang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) kerana positif COVID-19 berada dalam keadaan baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menasihatkan ibu bapa kesemua pelajar terbabit agar tidak bimbang kerana anak-anak mereka dijaga dengan baik di pusat kuarantin itu.

“Ibubapa tidak perlu bimbang kerana makanan di sini cukup. Cuma amalan (ibubapa) menghantar makanan kepada anak-anak tiap-tiap minggu (seperti ketika anak mereka di asrama) tidak boleh di MAEPS kerana takut ada unsur keracunan makanan," katanya kepada Bernama selepas lawatan ke pusat kuarantin itu bagi melihat keadaan pelajar terbabit hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Aminuddin Hassim dan Pengarah PKRC MAEPS Dr Shahabuddin Ibrahim.

Sementara itu, Abdul Latiff berkata NADMA turut mengajak pelajar di pusat kuarantin berkenaan untuk menyertai pertandingan menulis esei anjuran NADMA dengan menceritakan pengalaman masing-masing sepanjang berada di pusat kuarantin itu.

Abdul Latiff berkata dua kategori dipertandingkan iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan hadiah wang tunai RM500 untuk juara, RM300 untuk naib juara, RM100 untuk tempat ketiga dan RM50 hadiah sagu hati.

Beliau berkata inisiatif terbabit sebagai galakan kepada pelajar untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah ketika menjalani kuarantin.

Pada 1 Disember lepas, sebanyak 65 pelajar SBP Sekolah Seri Puteri Cyberjaya dihantar ke MAEPS manakala 49 orang lagi dihantar pada keesokan harinya kerana positif COVID-19 kategori satu dan dua untuk menjalani kuarantin.

Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit yang tidak mempunyai sebarang gejala atau memiliki gejala ringan. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad