web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 ADUN Positif COVID-19, Sidang DUN Kelantan Ditangguh

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2021 2:02PM

Sidang DUN Kelantan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadualkan berlangsung sehingga Selasa ini ditangguhkan lebih awal berikutan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) positif COVID-19.

Speaker DUN, Datuk Abdullah Ya’kub berkata keputusan menangguhkan persidangan DUN ini terpaksa dilakukan bagi mengelak berlakunya penularan COVID-19 kepada orang lain.

"Sepatutnya kita tamat persidangan pada 7 Dis depan..saya mendapat maklumat, dua ADUN iaitu dari Tanjong Mas (Rohani Ibrahim) dan ADUN Tendong (Mohd Rozi Muhamad) positif COVID-19, jadi kita terpaksa menangguhkan sidang DUN Kelantan sehingga diberitahu kelak," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Sidang DUN Kelantan di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Abdullah turut memaklumkan ADUN Kemuning Mohd Roseli Ismail sedang menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada anaknya yang positif COVID-19.

Sebelum menangguhkan Sidang DUN itu, Abdullah berkata Belanjawan Negeri Kelantan 2022 telah diluluskan sebulat suara, tanpa dibahaskan.

"Kita dapat tamatkan persidangan selepas lulus Belanjawan 2022 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan mengikut Perkara 29 peraturan dewan, Speaker berkuasa untuk menangguhkan dewan pada bila-bila masa,” katanya.

Belanjawan Kelantan 2022 bertemakan 'Kelantan Maju Rakyat Sejahtera' memperuntukkan sejumlah RM1.51 bilion sebagai perancangan berbelanja secara berhemat.

Ia melibatkan enam teras iaitu Transformasi Kewangan, Memacu Ekonomi, Pendidikan dan Agama, Kesejahteraan Rakyat, Pelindungan Sosial dan Kebajikan. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad