web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Angin Kencang Landa Pantai Timur, Sarawak dan Labuan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2021 1:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penduduk di Pantai Timur Semenanjung, pesisir pantai Sarawak dan Labuan dinasihatkan supaya berhati-hati susulan amaran angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini.

Berdasarkan amaran MetMalaysia itu, Pulau Tioman diramalkan dilanda angin kencang kategori merah dengan kekuatan angin melebihi 60 kilometer sejam (kmsj) sehingga 8 Disember nanti.

Angin kencang itu dijangka menyebabkan laut bergelora dengan kekuatan ombak melebihi 4.5 meter.

Sementara itu, Johor Timur, Pahang, Terengganu, Sarawak Barat, Pulau Layang-Layang dan Labuan pula dijangka dibadai angin kencang kategori jingga sehingga 11 Disember depan.

Menurut MetMalaysia, kawasan terbabit diramalkan dilanda angin selaju 50 hingga 60 kmsj yang boleh menyebabkan ombak setinggi 3.5 hingga 4.5 meter.

Selain itu, Kelantan, Sarawak Utara, Sabah Barat dan Labuan pula diramalkan dibadai angin kencang kategori kuning sehingga 11 Disember depan.

“Pada kategori ini, angin kencang sehingga 40 ke 50 kmsj dengan ombak setinggi 2.3 hingga 3.5 dijangka berlaku di kawasan terbabit,” katanya. - Getaran, 5 Disember 2021
 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar