web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemergian Sabbaruddin Chik Satu Kehilangan Besar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2021 7:50AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pemergian Tan Sri Sabbaruddin Chik sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja buat dirinya tetapi juga buat negara.

“Sedih dan duka apabila menerima perkhabaran, seorang sifu dan mentor politik saya,  Tan Sri Sabbaruddin Chik telah meninggal dunia meninggalkan kita semua selama-lamanya.

Allahyarham adalah episod penting bagi sejarah perjuangan saya dalam dunia politik (dan) akan selamanya menjadi kenangan dan ingatan sewaktu Allahyarham menjadi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau malam tadi.

Sabbaruddin yang akan menyambut ulang tahun ke-80 pada 11 Dis ini, menghembuskan nafas terakhir pada 7.45 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak Ahad lepas.

Ismail Sabri berkata Allahyarham melantik beliau sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh pada 1987 ketika beliau berusia 27 tahun, sebelum dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh beberapa bulan selepas itu.

“Pada tahun 1995, saya memulakan karier politik dengan memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Allahyarham.

Ketika itulah, banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang saya peroleh berkat tunjuk ajar Allahyarham,” katanya.

Beliau berkata Allahyarham adalah seorang yang amat berdisiplin dan menepati waktu, malah sangat tekun dan berwibawa dalam melaksanakan amanah untuk rakyat dan negara.

“Saya berdoa agar seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan menerima kehilangan besar ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama roh orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar