web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mayat Kanak-Kanak Reput, Ditemui Di Tebing Sungai

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2021 6:16PM

Mayat kanak-kanak berusia 3 tahun ini ditemukan dalam keadaan reput di tebing sungai di Jalan Anggerik Putih Majidee, Kampung Desa Makmur, Johor Bahru, hari ini. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Mayat seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang tidak diketahui jantina, ditemukan dalam keadaan reput dan berbau di tebing sungai di Jalan Anggerik Putih Majidee, Kampung Desa Makmur di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Tebrau Penolong Penguasa Bomba Shamsul Khomari Bakar berkata pihaknya dimaklumkan berhubung penemuan mayat itu, oleh orang awam pada pukul 10.43 pagi.

“Mayat kanak-kanak tersebut ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian dengan jarak lima kaki dari tebing sungai. Sebahagian daripada tubuh mayat kanak-kanak itu mungkin sudah dimakan haiwan.

“Malah, jantinanya tidak dapat dikenal pasti kerana mayatnya sudah reput, namun dianggarkan berusia kira-kira tiga tahun. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP, Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan mayat kanak-kanak itu, dan siasatan termasuk jantina dan latar belakang mangsa sedang dijalankan. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad