web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebenaran DSA 2022 Dan NATSEC 2022 Ditetapkan KKM Jika Omicron Meningkat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2021 11:33AM

Hishammuddin Hussein - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan menyerahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membuat keputusan sama ada membenarkan atau tidak penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) Asia 2022, sekiranya kes virus COVID-19, termasuk Omicron meningkat.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata setakat ini, pihaknya belum mengetahui perincian berkaitan varian itu dan kesannya terhadap individu dijangkiti, termasuk yang sudah menerima vaksin COVID-19.

“Kita sudah beri mandat kepada KKM untuk membuat pengumuman mengenai acara ini tanpa merujuk kepada Mesyuarat Quartet COVID-19 berhubung Omicron, sebelum kita bawa ke persidangan khas dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ini disebabkan penularan dan perkembangan Omicron cukup pantas dan sebenarnya tidak ada masa menunggu untuk bermesyuarat, jadi kerana perkara berkenaan berkisarkan isu kesihatan, kita serahkan kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk mengumumkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2022.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abdul Aziz.

Mengulas mengenai DSA 2022 & NATSEC Asia 2022, Hishammuddin berkata, acara terbabit akan dianjurkan pada 28 hingga 31 Mac tahun depan selepas tiga tahun tidak diadakan akibat pandemik COVID-19.

Acara edisi ke-17 itu antaranya menjanjikan pameran berprofil tinggi membabitkan peralatan dan elektronik perang saraf canggih di darat, udara, laut serta alam siber, kawalan sempadan, pengenalan warga negara serta kecerdasan buatan (AI)

Sebanyak 1,170 syarikat pertahanan dan keselamatan dari 54 negara, termasuk Australia, Kanada, China, Amerika Syarikat, Jepun dan Perancis akan menyertai acara itu.

Ditanya mengenai penganjuran Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23), Hishammuddin berkata, acara itu sememangnya diharap dapat diadakan, namun fokus buat masa ini adakah kepada DSA 2022 dan NATSEC 2022.

“Harapan saya begitu, tetapi kita mempunyai masa dan apa yang kita nak lihat sekarang adalah DSA dan NATSEC ini dapat dijayakan. Sekiranya kita dapat buat dengan jayanya, saya rasa kita boleh adakan persiapan LIMA’23.

“Kita semua sedia maklum bahawa LIMA lebih besar cabarannya dan kita pun tidak tahu apa akan berlaku dua tahun lagi berhubung kait dengan penularan COVID-19,” katanya.

Sementara itu, Hamzah pada acara sama berkata, peningkatan kestidakstabilan isu keselamatan global akibat COVID-19 menuntut kerjasama strategik semua negara dalam mendepani cabaran keselamatan moden pada era pandemik terbabit.

Malah, katanya, cabaran keselamatan yang semakin meningkat kini menyebabkan sesebuah negara tidak mungkin mampu menanganinya secara bersendirian.

Hamzah berkata, isu keselamatan negara turut menjadi antara keutamaan tumpuan ketika krisis COVID-19 yang meningkatkan ketidakstabilan global dari pelbagai aspek.

“Ketidakstabilan ini boleh menimbulkan banyak ancaman keselamatan kompleks, seperti readikalisasi dan ekstremisme, serangan siber serta isu keselamatan sempadan.

“Ancaman tradisional dan bukan tradisional sama ada secara dalaman mahupun luaran, terus muncul, seperti pemerdagangan manusia, jenayah rentas sempadan dan terancang serta penyeludupan barangan berbahaya dan cetak rompak,” katanya.

Menurut Hamzah, semua negara perlu bekerjasama bagi menjana pandangan dan penyelesaian jangka panjang dengan mewujudkan idea kreatif serta dinamik menggunakan kemajuan terkini dalam bidang sains dan teknologi.

“Dalam perkara ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) amat menyokong penganjuran acara, seperti DSA dan NATSEC sebagai antara platform kerjasama keselamatan serantau serta global,” katanya. - Getaran, 4 Disember 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad