web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan Dos Penggalak Sebagai Syarat Lengkap Divaksin Diumum Minggu Depan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2021 3:11PM

Khairy Jamaluddin semasa sidang media perkembangan terkini COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada suntikan dos penggalak COVID-19 akan dijadikan sebagai syarat penuh seseorang individu itu lengkap divaksinasi akan dimuktamadkan minggu depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata perkara itu masih lagi di peringkat perbincangan ketika ini.

“Pada minggu depan kita juga akan bincang sekiranya didapati ada keperluan, mungkin saya akan buat pengumuman dari segi status vaksinasi penuh.

“Mungkin untuk golongan-golongan tertentu, status vaksinasi penuh itu memerlukan dos penggalak tetapi belum ada keputusan lagi. Kita masih lagi berbincang dan pengumuman mengenainya akan dilakukan minggu depan,” katanya pada sidang media khas Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, Khairy memaklumkan orang ramai mungkin perlu mendapatkan suntikan dos penggalak COVID-19 sebagai syarat telah divaksin sepenuhnya.

Katanya, ini merupakan salah satu daripada beberapa pilihan yang sedang diteliti, jika pengambilan suntikan penggalak kekal rendah dan untuk mencegah gelombang jangkitan baharu di negara ini.

Pada sidang media sama, Khairy berkata KKM menyasarkan sekurang-kurangnya 75 peratus individu menerima suntikan dos penggalak COVID-19 di negara ini.

“Sudah tentu kita nak semua yang sudah menerima suntikan siri primer untuk dapatkan dos penggalak juga.

“Kita mahu 100 peratus tapi sasaran ketika ini adalah 75 peratus daripada golongan yang sudah lengkap suntikan siri primer mereka,” katanya.

Sementara itu, Khairy turut menasihati orang ramai supaya tidak panik susulan kes pertama varian baharu COVID-19, Omicron yang dikesan di negara ini, semalam.

“Pengesanan kes (pertama) Omicron di negara ini memberitahu kita bahawa sistem yang dilaksanakan berkesan. Jika rakyat patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, ia dapat dikawal.

“Tetapi kita harus menerima kemungkinan bahawa sudah ada kes Omicron di Malaysia atau ada kes-kes (Omicron) lain dan kita sedang tingkatkan pemantauan genomic untuk mendapatkan kepastian.

“Yang penting kita tak panik dan masih mendapat maklumat mengenai Omicron dari segi kebolehjangkitan dan kesannya sama ada serius atau tidak,” katanya. - Getaran, 3 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 minit yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 27 minit yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad