web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1 Maut, 5 Cedera Nahas 3 Kenderaan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 8:20PM

Mangsa diusung untuk dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan dalam kemalangan di Kampung Nasip Kita, Jalan Apas, Tawau. - Gambar dari JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang wanita terkorban manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Kampung Nasip Kita, Jalan Apas, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1 .45 petang itu, mangsa Noor Aqila Ibrahim, 27, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dialami.

Tiga mangsa lain iaitu Wan Ramzi Wan Omar, 27, Al Hafiz Mohd Basir, 26, dan N. Kuhan, 29, dilaporkan parah.

Dua rakan Kuhan iaitu S. Vasanthakumar, 29, dan T. Shalini, 30 pula sekadar mengalami lebam pada kaki kiri.

3 kenderaan terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan seorang wanita di Kampung Nasip Kita, Jalan Apas, Tawau.
3 kenderaan terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan seorang wanita di Kampung Nasip Kita, Jalan Apas, Tawau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, seorang lagi mangsa kemalangan iaitu warga emas berusia 61 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kami menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.57 petang tadi.

"Ia membabitkan tiga kenderaan iaitu dua Toyota Vios dan sebuah Proton Saga," katanya.

Menurut Julius, mangsa yang meninggal dunia adalah penumpang wanita sebuah daripada Toyota Vios terbabit.

Tambahnya, lima mangsa yang cedera termasuk tiga daripadanya parah diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk rawatan lanjut.

"Mangsa yang maut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 3.44 petang selepas keadaan disahkan selamat sepenuhnya," katanya.

Sementara itu Getaran dimaklumkan, pihak polis sedang melakukan siasatan terperinci berhubung nahas. - Getaran, 2 Disember 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar