web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Tak Tolak Kemungkinan Tambah Kerusi DUN

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 5:36PM

Ng Sze Han - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor tidak menolak kemungkinan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditambah dengan mengambil kira aspek peningkatan jumlah pengundi berumur 18 tahun sehingga 20 tahun dan pertambahan penduduk akibat migrasi ke negeri ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han berkata namun, tumpuan juga perlu diberikan terhadap aspek kesekataan jumlah pengundi antara satu kawasan dengan kawasan yang lain.

“Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya ‘malapportionment’ ataupun ketidaksekataan yang akan mengakibatkan nilai undi di satu kawasan tidak setanding dengan kawasan yang lain,” katanya. 

Beliau berkata demikian bagi pihak Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari di persidangan DUN Selangor hari ini bagi menjawab soalan Lim Yi Wei (PH-Kampung Tunku) yang ingin tahu mengenai cadangan persempadanan semula di negeri ini.

Ng berkata pada 2019, Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah meluluskan pindaan kepada Perkara 47 dan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang menurunkan had usia kelayakan mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun dan ia berkait dengan kelayakan mengundi di dalam pilihan raya, serta kelayakan menjadi seorang Ahli Dewan Rakyat.

“Secara amnya, walaupun sudah melebihi dua tahun sejak pindaan ini diluluskan, proses ini akan selesai pada 31 Dis ini dan berkuat kuasa mulai tahun depan, sebagaimana diberitahu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar,” katanya.

Menurutnya kali terakhir bilangan kerusi DUN Selangor ditambah pada 2003 sewaktu proses persempadanan semula dijalankan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 2004, iaitu daripada 48 kerusi kepada 56 kerusi di seluruh negeri ini. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 39 minit yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 minit yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad