web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembangkang Mahu Isu Harga Barang Dibahas Di Dewan, Bukan Kamar Khas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 3:21PM

Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berbahas pada Waktu Pertanyaan Menteri ketika Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Parlimen dari blok pembangkang meminta supaya usul berkaitan kenaikan harga barang yang dibawa Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) dibahas pada sesi persidangan Dewan Rakyat, dan bukannya dirunding secara terhad di Kamar Khas.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usul itu melibatkan kepentingan orang ramai memandangkan kenaikan harga barang pada masa ini menyebabkan rakyat menghadapi kesusahan.

“Isu melibatkan harga barang tidak melibatkan hanya KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) tetapi kementerian lain seperti Kementerian Kewangan, kementerian berkaitan ekonomi dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

“Ini adalah krisis nasional, sebab itu ia tidak boleh dibincang di Kamar Khas kerana terbatas. Apakah ada jaminan bahawa keempat-empat menteri ini akan hadir di Kamar Khas?,” katanya selepas Salahuddin mengemukakan usul itu di Dewan Rakyat hari ini.

Salahuddin bangun membawa usul itu selepas sesi soal jawab hari ini dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon memutuskan usul itu dibincang di Kamar Khas petang ini.  

Pandangan Anwar disokong beberapa Ahli Parlimen lain yang turut bangkit meminta keputusan bagi usul itu dirunding di Kamar Khas dikaji semula, antaranya Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang mencadangkan supaya perbahasan peringkat Jawatankuasa untuk kementerian hari ini dihadkan sehingga 5.30 petang bagi membolehkan isu harga barang dibahaskan di dalam Dewan Rakyat.

Selain itu, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat) pula berkata perbincangan di Kamar Khas bersifat sehala kerana tiada aspek perbahasan dan perdebatan, manakala Sim Chee Keong (PH-Bukit Mertajam) meminta supaya cadangan Anwar dipertimbangkan kerana terdapat banyak aduan oleh rakyat dan peniaga kecil berhubung isu itu.

Menyokong perkara itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Baharu) berkata perlunya ada ketetapan segera oleh Speaker bagi memberi gambaran bahawa institusi Parlimen sangat prihatin terhadap masalah dan kepentingan rakyat.

Terdahulu, Salahuddin menarik perhatian Dewan Rakyat dengan membacakan usul itu berdasarkan Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan beliau mengatakan telah menerima surat rayuan daripada seorang peniaga kecil pada Selasa lepas meminta ia diserahkan kepada KPDNHEP agar harga barang dapat diturunkan.

"Sehubungan itu, antara isu yang menjadi perhatian saya adalah perkara ini perlu disegerakan kerana isu kenaikan harga barang asas seperti dilaporkan akhbar rasmi, dan saya dengar rintihan orang ramai, serta isu ini juga dibangkitkan Ahli-ahli Parlimen di Dewan ini, maka saya rasa perlu mendapatkan maklum balas kementerian berkaitan," katanya.

Mohd Rashid kemudiannya memaklumkan usul itu boleh dirunding di Kamar Khas pada 2.30 petang ini kerana ia memenuhi tiga syarat iaitu melibatkan perkara tertentu, untuk kepentingan orang ramai dan berkehendak disegerakan. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 37 minit yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad