web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langgar SOP: 94 Pengunjung Pusat Hiburan Kena Kompaun RM188,000

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 7:53AM

Fakhrudin Abdul Hamid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 94 pengunjung sebuah pusat hiburan di Bandar Utama, Petaling Jaya, di sini, dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Fakhrudin Abdul Hamid berkata dalam serbuan di pusat hiburan berkenaan seramai dua pengunjung turut didapati positif dadah jenis syabu.

Beliau berkata semasa serbuan dilakukan muzik di premis berkenaan dipasang dengan kuat dan pelanggan sedang berhibur.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap semua pengunjung berumur lingkungan 19 hingga 57 tahun berkenaan mendapati dua orang lelaki positif dadah dan mereka telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan.

Fakhrudin berkata semua pengunjung pusat hiburan berkenaan yang merupakan warga tempatan dikompaun di bawah peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Kompaun sebanyak RM10,000 turut dikeluarkan kepada pemilik premis berkenaan di bawah Peraturan 17(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana telah menjalankan perniagaan pusat hiburan semasa tempoh (Fasa Empat) PPN.

“Pemilik premis berkenaan juga disiasat di bawah Seksyen 76(1) Akta Eksais (menjual minuman keras tanpa lesen) dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Selangor (menjalankan perniagaan pusat hiburan tanpa lesen yang sah),” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad