web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: Lebih 9,000 Kematian Direkodkan Di Selangor, Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 4:16PM

Lebih 9,000 kematian akibat COVID-19 direkodkan di Selangor dari Januari hingga 2 November lepas, berbanding 66 kematian dicatatkan pada 2020. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini dimaklumkan bahawa sejumlah 9,551 kematian akibat COVID-19 direkodkan di Selangor dari Januari hingga 2 November lepas berbanding 66 kematian akibat COVID-19 dicatatkan sepanjang tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) pecahan kematian pada tahun ini ialah Melayu 4,696 kematian, Cina (1,800 kematian), India (1,285 kematian), lain-lain (52 kematian) dan bukan warga negara (1,718 kematian).

Katanya berdasarkan rekod JKNS, bermula 1 Jun sehingga 30 September tahun ini, sebanyak 775 kes kematian atau 9.1 peratus dari 8,515 kematian akibat COVID-19 adalah mereka yang telah menerima dua dos vaksin sejak program vaksinasi dimulakan pada Jun lepas.

Beliau menjawab soalan Lau Weng San (PH-Banting) yang mewakili Lee Kee Hiong (PH-Kuala Kubu Baharu) yang menanyakan mengenai jumlah kes kematian COVID-19 di Selangor.

Sementara itu Dr Siti Mariah berkata, kematian membabitkan individu lengkap dua dos vaksin sehingga 24 November tahun ini ialah sebanyak 1,234 kematian melibatkan 759 kematian (62 peratus) dalam kategori komorbid dan 475 kematian (38 peratus) tiada komorbid.

“Daripada angka tersebut, sebanyak 741 (98 peratus) kematian ialah dalam kalangan warga emas dengan komorbid manakala 18 (dua peratus) kematian bukan warga emas dengan komorbid,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 39 minit yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 minit yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad