web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga Lantai Perlu Dilaksana, Elak Manipulasi Harga Orang Tengah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 3:34PM

Harga lantai sayur-sayuran perlu ditetapkan bagi melindungi hasil tanaman petani dan mengelakkan kenaikan harga. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memperkenalkan harga lantai bagi melindungi hasil tanaman petani dan mampu mengelakkan lambakan hasil yang telah diusahakan golongan berkenaan.

Pengasas Malaysian Agropreneur Network, Amy Ashraff berkata, inisiatif tersebut dapat mengurangkan kerugian besar kepada petani.

Menurut beliau, pihaknya yakin bahawa harga lantai bagi sayur-sayuran kini menjadi keperluan utama dan perlu dilaksanakan segera supaya tidak berlaku manipulasi yang membebankan peniaga dan rakyat.

“Pelaksanaan ini penting agar tidak timbul kes melibatkan orang tengah yang cuba memanipulasi harga selain memberi jaminan, harga makanan mestilah berpatutan kepada pengguna.

“Sekiranya produk-produk lain kerajaan boleh perkenalkan skim kawalan harga, kenapa produk pertanian pula tidak diperkenalkan,” katanya, hari ini.

Amy Ashraff
Amy Ashraff

Orang ramai kebelakangan ini mula meluahkan rasa kecewa apabila harga beberapa jenis sayuran di pasaran naik mendadak hingga 200 peratus sejak dua minggu lalu.

Ia menjadi bualan ramai, termasuk dalam kalangan netizen selepas Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader mendedahkan kenaikan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Amy tidak menafikan berlaku pertindihan tugas antara agensi kerajaan sehingga menyebabkan berlakunya kekalutan dalam penetapan harga barangan keperluan.

“Kerajaan perlu meneliti semula supaya tidak menggangu tugas di peringkat dasar dan menjejaskan agenda baharu dalam usaha melestarikan produk pertanian,” katanya.

Susulan kenaikan harga yang merunsingkan masyarakat itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi sidang Parlimen semalam, mengumumkan tiga langkah proaktif bagi menangani isu berkenaan.

Bagi memastikan kenaikan harga barangan disebabkan ketidakcukupan atau ketidakberadaan barangan dalam pasaran, Alexander berkata, Kementerian akan terus menguatkuasakan peruntukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menurut beliau, KPDNHEP juga akan menguatkuasakan peruntukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 bagi menangani aktiviti mengambil untung yang tidak munasabah.

“Di pihak pengguna pula, sekiranya berlaku pengenaan harga yang tidak munasabah, hak pengguna dibela di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999,” katanya lagi.

“KPDNHEP terus menggerakkan lebih 1,000 Pegawai Pemantau Harga (PPH) secara harian untuk memantau harga 480 item di 1,500 premis seluruh negara untuk memastikan pergerakan harga berlaku pada situasi yang munasabah,”katanya.

Selain itu, Alexander memaklumkan, pihaknya akan memanjangkan tempoh dan memulakan pelaksanaan Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan (SKHMP) lebih awal sempena perayaan Krismas. - Getaran, 1 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

2

Kolum 2 tahun yang lalu

Pertanian Jitu Dan Internet Of Things: Masa Depan Keselamatan Makanan Malaysia

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Skop LPNM Diperluas, Tingkat Produktiviti Komoditi Bernilai Tinggi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dasar Gaji Progresif Dibentang Dalam MTEN Ogos - Rafizi

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar