Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kebersihan Ketika Haid, Awas Risiko Jangkitan - Pakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 12:04PM

Poster untuk mendidik kanak-kanak perempuan mengenai haid dan sistem pembiakan disediakan di sebuah sekolah di luar negara. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Apabila berbicara mengenai isu kemiskinan haid, ramai termasuklah golongan wanita sendiri tidak mengetahui maksud sebenar permasalahan tersebut.

Namun pendedahan isu kemiskinan haid yang hangat diperkatakan di media sosial baru-baru ini bukan terhad kepada masalah akses kepada tuala wanita semata-mata.

Hakikatnya ada isu lebih serius yang perlu diberi perhatian iaitu kepentingan menjaga kebersihan diri dalam tempoh ‘datang bulan’.

Tahukah anda penggunaan tuala wanita untuk tempoh yang lama boleh membawa kemudaratan kepada pemakainya?

Dr Habibah Abdul Hamid
Dr Habibah Abdul Hamid

Menurut Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Habibah Abdul Hamid, wanita terdedah kepada risiko lebih tinggi kepada jangkitan semasa haid sekiranya memakai tuala wanita terlalu lama.

“Tuala wanita itu sebenarnya berfungsi menahan kebocoran daripada berlaku semasa haid. Apa yang berada pada darah haid itu sebenarnya adalah sel-sel mati.

“Sekiranya tuala wanita dibiarkan dalam tempoh yang lama walaupun darah haid dalam kuantiti sedikit, seseorang itu boleh terdedah kepada risiko jangkitan kuman,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Beliau berkata bakteria membiak dengan cepat dan banyak di atas tuala wanita yang boleh menjangkiti organ reproduktif wanita.

“Jadi bakteria tadi akan menjangkiti kemaluan wanita bermula dari faraj terus ke vagina dan kemudiannya ke rahim.

“Memandangkan saluran kencing terletak di atas vagina, jadi jika tak tukar pad dengan kerap, bakteria itu juga akan menyebabkan jangkitan pada saluran tersebut,” katanya.

Gambar fail menunjukkan pelajar kolej menghadiri bengkel anjuran 'Utkarsh' untuk menghasilkan pad di Ahmedabad. - Gambar fail AFP
Gambar fail menunjukkan pelajar kolej menghadiri bengkel anjuran 'Utkarsh' untuk menghasilkan pad di Ahmedabad. - Gambar fail AFP

Lebih membimbangkan Dr Habibah berkata seseorang itu juga akan terdedah kepada jangkitan serius yang dikenali sebagai sindrom kejutan toksik.

“Jika kita tak mengendalikan haid dengan baik, dua jangkitan awal yang saya cakap sebelum ini akan menyebabkan satu komplikasi lebih serius iaitu sindorm kejutan toksik.

“Sindrom itu kebanyakannya disebabkan bakteria. Jadi seseorang itu akan mengalami demam, rasa tak selesa, sakit perut dan bermacam-macam simptom lain,” katanya.

Malah beliau berkata, darah haid akan menggalakkan pertumbuhan dan pembiakan pelbagai organisma yang menyebabkan iritasi, kegatalan dan jangkitan pada tiub fallopio sehingga menjejaskan kesuburan wanita.

“Saya tak boleh mengatakan bahawa jangkitan serius ini boleh menyebabkan kemandulan. Kemandulan yang disebabkan jangkitan organ dalaman wanita ini selalunya berpunca daripada penyakit kelamin.

“Namun sedikit sebanyak ada juga kemungkinan bakteria daripada tuala wanita ini menyebabkan jangkitan pada saluran tiub fallopio. Secara tidak langsung ia menyebabkan kemerosotan dari segi kesuburan,” katanya.

Pada masa sama, Dr Habibah turut memuji inisiatif kerajaan memberi kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada remaja wanita dari keluarga B40.

Dianggarkan kira-kira 130,000 remaja wanita dari keluarga B40 di negara ini tidak mendapat akses kepada produk kebersihan seperti tuala wanita atas kekangan kewangan.

Kekangan kewangan itu menyebabkan ada di kalangan mereka menggunakan kain perca sebagai alternatif kepada tuala wanita.

Namun Dr Habibah berkata, walaupun kain perca sudah dicuci tetapi tahap kebersihannya masih dicurigai.

“Kalau ikutkan jika dibersihkan dan dicuci betul-betul kemudian dikeringkan memang selamat. Cuma dari segi kebersihan tahap pencucian itu kita curigai.

“Mesti ada kotoran-kotoran lain kerana kita tahu darah haid memang susah dicuci dan mungkin memerlukan air garam untuk keluaran segala kotoran.

“Namun ketika ini, kita ada kaedah yang membawa kepada penjagaan kebersihan dan kesihatan iaitu tuala wanita sedia ada,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengesyorkan pendidikan haid diajar di sekolah agar pelajar diberi pendedahan awal mengenainya.

“Ada yang ingat satu atau dua tuala wanita sehari sudah mencukupi tapi itu bukan fakta yang betul. Saya rasa kita kurang pendedahan mengenai perkara ini. Oleh itu, penting pendidikan haid diajar di sekolah.

“Jika pelajar perempuan tidak didedahkan mengenai aspek kebersihan diri ketika haid, mereka juga akan terdedah kepada risiko jangkitan yang mungkin merebak ke seluruh badan jika tidak dikawal,” katanya. -  Getaran, 1 Disember 2021

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi

Pendidikan 1 hari yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Semasa 1 hari yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad