web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sumbangan Kepada Yayasan Akalbudi Bukan Hasil Kegiatan Haram - Peguam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2021 7:03PM

Ahmad Zahid (dua, kiri) ketika hadir bagi prosiding hujahan akhir bagi perbicaraan kes beliau di Mahkamah Tinggi hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini  hari ini diberitahu pihak pendakwaan terkhilaf dalam merumuskan kemasukan sumbangan dalam akaun amanah Yayasan Akalbudi, sebuah yayasan kebajikan diasaskan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, melibatkan aktiviti yang menyalahi undang-undang.  

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid berkata pengurup wang Omar Ali Abdullah yang merupakan saksi ke-81 pendakwaan tidak melakukan sebarang kesalahan berkaitan perbankan dalam menukarkan wang tunai berjumlah RM5 juta kepada beberapa keping cek sebelum menyerahkannya kepada akaun firma undang-undang Tetuan Lewis & Co.

Hisyam berhujah bahawa bukti daripada Omar Ali bahawa wang berkenaan datang daripada Yayasan Al Bukhary tidak pernah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Adalah jelas Omar Ali tidak melakukan sebarang kesalahan berkaitan perbankan di bawah undang-undang bank. Dalam hujah yang diutarakan, pihak pendakwaan melakukan beberapa salah tanggapan.

“Tiada bukti langsung dari mana wang itu datang. Salah tanggapan menunjukkan tiada siasatan dibuat,” beliau berkata demikian dalam hujahan balas di akhir kes pendakwaan terhadap Ahmad Zahid yang berhadapan pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi. 

Hisyam berkata tindakan pendakwaan yang berdasarkan peruntukan Seksyen 4 (3) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan merumuskan bahawa ia adalah aktiviti menyalahi undang-undang, juga tidak berasas.

Menurut pertuduhan ke-27 pengubahan wang haram, Ahmad Zahid didakwa mengarahkan pengurup wang Omar Ali untuk menukarkan  RM7,511,250.20  dalam tunai kepada  35 keping cek dan didepositkan ke dalam Yayasan Akalbudi untuk membeli simpanan tetap di Maybank.

Sementara itu, Hisyam berkata pendakwaan juga bersetuju dengan sumbangan saksi ke-78 pendakwaan, Datuk Mohd Jimmy Wong Abdullah yang juga Pengarah Bukan Eksekutif MyEG Services Sdn Bhd kepada yayasan itu.

Mohd Jimmy Wong dalam testimoninya berkata beliau mendermakan lebih daripada RM9 juta kepada Yayasan Akalbudi  dengan kerelaan hatinya untuk kebajikan dan bagi tujuan keagamaan dan ia tiada kaitan dengan syarikat MyEG Services.

Dalam hal ini, Hisyam berkata disebabkan pihak pendakwan gagal menunjukkan proses pengubahan wang haram itu berlaku sebagai satu elemen dalam pertuduhan, maka kes terhadap anak guamnya tidak sepatutnya diteruskan.

Ahmad Zahid, 68, berhadapan 47 pertuduhan - 12 daripadanya pecah amanah jenayah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Pendengaran hujahan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

2

Semasa 18 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

3

Semasa 18 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

4

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar