web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga Barang Naik Mendadak, Alexander Perlu Dipecat - Fahmi Fadzil

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 8:58PM

Indeks Harga Pengguna (CPI) yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan kenaikan 2.9 peratus pada Oktober 2021. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa memecat Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berikutan kegagalan beliau dalam mengawal harga barangan keperluan  yang mengalami kenaikan mendadak.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan Alexander bahawa 'harga barang masih normal', selain dakwaan kononnya KPDNHEP telah mencapai 100 peratus sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

“Ini membuktikan beliau (Alexander) tidak berpijak di bumi yang nyata, malah tidak prihatin akan nasib serta rasa sengsara  ‘Keluarga Malaysia’.

“Memandangkan 100 hari telah berlalu sejak dilantik, dan oleh kerana beliau cuma berlengah tanpa mengambil tindakan tegas serta pantas, Perdana Menteri mesti mengotakan janji menukar Menteri KPDNHEP yang gagal ini,” tegasnya, hari ini.

Semalam, menerusi program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, Alexander memaklumkan kejayaan Program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik merupakan antara penanda aras kejayaan KDPNHEP dalam Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM).

Beliau berkata, program yang memberi impak langsung kepada 35 penerima geran penuh dan padanan bagi mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi itu, bertindak sebagai 'push factor' dalam memperkasakan ekonomi secara berperingkat, sekali gus memberi kesan positif pada sosioekonomi rakyat.

Alexander yang juga Ahli Parlimen Kapit menegaskan, kementeriannya turut meletakkan sasaran untuk menjaga hak dan kesejahteraan pengguna dalam mengharungi fasa pandemik COVID-19.

Sasaran itu katanya, meliputi penetapan KPI dalam menurunkan harga maksimum jualan produk Kit Ujian Pantas Antigen (RTK) COVID-19 di pasaran.

Namun, menerusi ruang bicara yang membincangkan tajuk AKM KPDNHEP, Alexander sama sekali tidak membangkitkan tentang kenaikan harga barang yang menjadi keresahan rakyat ketika ini.

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil

Sementara itu, Fahmi berkata, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin telah mengumumkan bahawa Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi Oktober meningkat 2.9 peratus setiap tahun.

"Ismail Sabri perlu nyatakan apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ untuk segera menjamin harga barang dapat dikawal.

“Berdasarkan laporan media termasuk media sosial, rakyat sangat terkesan dengan peningkatan harga barang yang berlaku secara mendadak, sama ada harga sayur, roti, ayam, alat gantian kereta, bahan binaan, ais dan pelbagai barangan lain," katanya.

Kekecewaan rakyat jelas Fahmi, semakin parah apabila kos menunaikan ibadah haji juga diberitakan bakal meningkat. 

"Sehingga kini kita cuma mendengar alasan demi alasan dan melihat tindak balas lembab menteri dan kerajaan.

"(Lebih membimbangkan), ada individu (terdesak) meminjam dari pihak yang tidak sepatutnya demi kelangsungan hidup, Menteri KPDNHEP wajib bertanggungjawab,” tegasnya. – Getaran, 29 November 2021.

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar