web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM: Hubungan Rapat Antara Malaysia, Singapura Amat Penting

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 4:39PM

Ismail Sabri (kiri) dan Hsien Loong (kanan) ketika sidang media bersama selepas mengadakan pertemuan empat mata di Istana hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Sebagai negara jiran terdekat, hubungan rapat dan mendalam antara Malaysia dan Singapura sangat penting kepada kedua-dua belah pihak, kata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Penglibatan pelbagai peringkat yang lebih aktif dan kerjasama yang lebih kukuh sudah tentu merupakan jalan terbaik bagi kedua-dua negara dalam bergerak ke hadapan,” kata Ismail Sabri pada sidang media bersama rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di sini hari ini.

“Ini juga penting untuk hubungan kerjasama kami dalam melaksanakan usaha pemulihan yang berkesan dan bermakna (ekonomi), supaya kedua-dua negara akan menjadi lebih kuat berikutan impak dahsyat pandemik COVID-19,” katanya.

Perdana Menteri Malaysia kini dalam rangka lawatan rasmi ke Singapura atas jemputan Hsien Loong.

Menurut Ismail Sabri, kedua-dua negara hari ini telah mencapai satu lagi kejayaan penting dalam kerjasama mereka dengan pembukaan semula sempadan negara melalui pelancaran Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat (VTL-Land).

Ismail Sabri pagi ini telah melakukan perjalanan bersejarah dengan melintasi Tambak Johor dan disambut oleh Perdana Menteri Singapura di Woodlands Checkpoint.

“Ini dengan sendirinya sangat penting kerana pada masa yang sama, kami turut melancarkan VTL-Udara. Ia adalah sebahagian daripada pembukaan semula sempadan negara secara beransur-ansur untuk memudahkan perjalanan antara kedua-dua negara,” kata Perdana Menteri Malaysia.

Ismail Sabri berkata beliau juga telah berbincang dengan rakan sejawatannya mengenai langkah-langkah tambahan yang akan dilakukan oleh kedua-dua negara berhubung perjalanan rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura.

Kedua-dua mereka telah bersetuju untuk memasukkan semua kategori pengembara untuk VTL-Darat, tertakluk kepada keperluan kesihatan yang ditentukan oleh kedua-dua negara.

Mereka juga bersetuju untuk memperluaskan VTL-darat untuk memasukkan laluan perkhidmatan bas tambahan melalui Link Kedua, kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan secara berperingkat melibatkan kenderaan peribadi seperti motosikal dan kereta.

“Kami mengakui bahawa pembukaan semula sempadan adalah penting untuk mengaktifkan semula aktiviti sosial dan ekonomi rentas sempadan yang akan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” kata Ismail Sabri.

“Kami berharap dengan berbuat demikian, ia akan memberi peluang kepada lebih ramai penduduk di kedua-dua belah Tambak yang telah berjauhan dengan keluarga akibat pandemik COVID-19 dapat  bersatu semula dengan orang tersayang,” tambah beliau.

Memperluas pergerakan rentas sempadan melalui udara ke Pulau Pinang, Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu

Selain itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan pergerakan/perjalanan rentas sempadan melalui udara antara Singapura dan destinasi-destinasi seperti Pulau Pinang, Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu di Malaysia.

“Kami berdua memutuskan agar para pegawai dari kedua-dua negara harus mula merangka langkah-langkah bagi tujuan ini,” katanya.

Sementara itu, pada sebelah tengah hari, Ismail Sabri dan Hsien Loong telah mengadakan pertemuan empat mata di Istana.

Dalam pertemuan itu, Ismail Sabri berkata kedua-dua pemimpin juga bersetuju mengenai keperluan untuk terus membincangkan mekanisme dua hala sedia ada mereka.

“Ini termasuk Pemukiman Pemimpin Tahunan ke-10, yang kami tidak dapat mengadakannya sejak dua tahun lepas akibat pandemik itu.

“InsyaAllah, kami akan mengadakan Pemukiman Pemimpin pada suku pertama tahun depan dan berharap dapat kembali semula ke Singapura,” kata beliau.

Ismail Sabri turut memaklumkan beliau dan Hsien Loong bersetuju bahawa mekanisme lain di peringkat menteri dan rasmi perlu disambung semula secepat mungkin.

“Ini penting untuk memastikan kerjasama pelbagai aspek dan isu-isu tertunggak dikekalkan di landasan yang betul dengan momentum ke hadapan yang positif. Selepas itu, PM Hsien Loong dan saya akan membincangkan kemajuan dalam mekanisme dua hala ini pada Pemukiman Pemimpin kami,” tambahnya.

Kedua-dua pemimpin turut menyentuh situasi di Myanmar.

“Kami bersetuju bahawa adalah penting bagi ASEAN untuk terus memainkan peranan yang positif dan membina dalam memudahkan penyelesaian kukuh dan aman demi kepentingan Myanmar serta Komuniti ASEAN yang lebih besar.

“Kami berharap demokrasi akan kembali di Myanmar dan menyaksikan penyertaan Myanmar di peringkat tertinggi pada sidang-sidang kemuncak akan datang,” kata Ismail Sabri. - Bernama

TAG: Singapura, Malaysia, Ismail Sabri, lawatan rasmi, Lee Hsien Loong, VTL-Darat, VTL-Udara

Berita Berkaitan

1

Singapura 2 tahun yang lalu

Lee Akan Dilantik Sebagai Menteri Kanan Dalam Kabinet Baharu - Wong

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ibrahim, Lee Hsien Loong Saksikan Penyambungan Semula RTS Link

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

4

Politik 3 tahun yang lalu

RoS Perlu Tangguh Pemilihan UMNO Hingga Siasatan Selesai? Ini Pandangan Pakar

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad