web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


VTL Udara: Lebih 1,300 Penumpang Naiki 6 Penerbangan Dari Sepang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 3:22PM

Seorang penumpang menjalani pemeriksaan sebelum menaiki pesawat ke Singapura di bawah VTL udara, di KLIA, Sepang, hari ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Pintu masuk antarabangsa utama Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melaksanakan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) Malaysia-Singapura melalui udara (VTL Udara) hari ini, membolehkan perjalanan tanpa kuarantin bagi individu yang telah lengkap divaksin.

Penerbangan VTL pertama dari Singapura yang membawa 240 penumpang menaiki pesawat Singapore Airlines SQ108 mendarat di KLIA pada 9.25 pagi dan disambut dengan pancuran air semasa ketibaan.

Penerbangan VTL pertama dari Singapura mendarat di KLIA pada 9.25 pagi dan disambut pancuran air semasa ketibaan. - Gambar AFP
Penerbangan VTL pertama dari Singapura mendarat di KLIA pada 9.25 pagi dan disambut pancuran air semasa ketibaan. - Gambar AFP

Pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) akan menerima enam penerbangan VTL secara keseluruhan hari ini, membawa lebih 1,300 penumpang dari Singapura.

Enam penerbangan itu dikendalikan Singapore Airlines, Malaysia Airlines, AirAsia, Malindo Air, Jetstar Asia, dan Scoot, menurut MAHB dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sempena majlis sambutan khas bagi penerbangan VTL yang julung kali dilaksanakan hari ini.

Pada 8 November, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong mengumumkan Malaysia dan Singapura akan melancarkan VTL antara Lapangan Terbang Changi dan KLIA pada 29 November (hari ini).

Sebaik tiba, penumpang penerbangan VTL telah diarah ke zon saringan khusus yang terletak di Pintu 10 (G10).

MAHB berkata penumpang VTL Udara akan diproses melalui lorong imigresen khusus dan Jabatan Imigresen Malaysia telah menyediakan 11 kaunter di terminal utama KLIA dan empat kaunter di KLIA2 untuk tujuan itu.

Menurut MAHB semua penumpang VTL Udara dilengkapi dengan gelang tangan biru semasa ketibaan untuk pengecaman pantas oleh komuniti lapangan terbang mengenai status bebas kuarantin mereka.

“Gelang tangan itu akan ditanggalkan selepas penumpang keluar dari lapangan terbang,” katanya.

Pengerusi MAHB, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika ditemui pemberita selepas meninjau proses VTL itu berkata MAHB akan memastikan kualiti perkhidmatan kekal pada tahap tertinggi memandangkan lapangan terbang itu mula menerima ramai penumpang antarabangsa.

“Kami akan pastikan penumpang berpuas hati dengan setiap proses-proses yang dilalui dan akan perbaiki prosedur operasi standard (SOP) setiap masa,” katanya.

Ditanya sama ada kebimbangan mengenai varian Omicron COVID-19 akan menjejaskan pelaksanaan VTL Udara, Zambry berkata MAHB akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa berkaitan untuk mengekang varian itu daripada merebak ke Malaysia.

“Varian itu sudah pasti menimbulkan kebimbangan kami, kami perlu melihat perkara ini (varian Omicron) dengan teliti,” katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 26 November (Jumaat) mengisytiharkan strain baharu COVID-19 sebagai varian membimbangkan (VOC) dinamakan Omicron.

Beberapa negara di seluruh dunia kini telah menyekat penerbangan dari negara Afrika termasuk dari Afrika Selatan, Namibia, Botswana, Zimbabwe, Mozambique, Lesotho dan Eswatini kerana bimbang ancaman varian baharu itu. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad