web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tangisan, Pelukan Iringi Kepulangan Rakyat Malaysia Dari Singapura Menerusi VTL Darat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 12:04PM

Seorang pegawai kesihatan (kiri) memakaikan reben kepada penumpang yang baru turun daripada pesawat Singapore Airlines yang mendarat di KLIA di bawah program VTL di Sepang pada 29 November. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tangisan kegembiraan dan pelukan keluarga tercinta menyambut kepulangan seorang rakyat Malaysia yang setahun lebih terkandas di Singapura kerana tuntutan kerja.

Lebih menyayat hati apabila Bali Anak Jalang, 36, berasal dari Sarawak yang kali terakhir pulang ke Malaysia pada Oktober tahun lepas, berkata dia tidak pernah merangkul anak bongsunya yang baru berusia lima bulan.

Bapa kepada lima anak yang bekerja di republik itu sejak 16 tahun lepas sebagai juruteknik berkata, dia kehilangan kata-kata selepas melihat isterinya Donna Alicia, 36, bersama anak-anaknya menunggu di luar pintu ketibaan.

Orang ramai menaiki bas yang menghala ke Johor dari Singapura di bawah program VTL pada 29 November. - Gambar AFP
Orang ramai menaiki bas yang menghala ke Johor dari Singapura di bawah program VTL pada 29 November. - Gambar AFP

“Saya tidak terfikir untuk makan hari ini, dan terasa susah hendak tidur kerana hendak berjumpa dengan anak-anak dan isteri sahaja.

“Perasaan saya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, selepas dapat tahu Malaysia dan Singapura setuju laksana Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat, jadi saya tidak lepaskan peluang untuk pulang ke tanah air,” katanya kepada pemberita selepas tiba di Terminal Bas dan Pengangkutan Awam Larkin Sentral, di sini hari ini.

Bali yang menetap di Pasir Gudang, di sini berkata usaha untuk pulang ke tanah air juga adalah atas bantuan daripada majikannya yang membantu memastikan dia dapat memperoleh tiket bas.

Orang ramai menunggu bas yang menghala ke Johor dari Singapura di bawah program VTL pada 29 November. - Gambar AFP
Orang ramai menunggu bas yang menghala ke Johor dari Singapura di bawah program VTL pada 29 November. - Gambar AFP

“Untuk dapat tiket pulang ke Malaysia di Singapura agak mencabar sebab ada kesesakan laman sesawang untuk tempah tiket, tetapi akhirnya berjaya atas bantuan majikan dan sumber manusia yang bantu sampai saya dapat tiket,” katanya.

Bagi pekerja di bahagian perolehan sebuah syarikat yang mahu dikenali sebagai Dennis, 32, makanan tempatan antara yang paling dirindui selain keluarga.

Dia berkata peluang bercuti selama seminggu akan dimanfaatkan dengan  bercuti bersama keluarga ke destinasi yang belum difikirkan lagi.

“Paling utama saya nak pergi kedai mamak nak makan roti canai, nasi lemak dan banyak lagi sebab walau macam mana hebat negara orang, kita tetap akan rindu dan rasa negara kita paling istimewa.

“Saya sudah dua tahun sejak pandemik COVID-19 tidak pulang ke kampung jadi rasa gembira dan berdebar untuk jumpa keluarga di Kota Tinggi,” katanya yang telah bekerja di Singapura selama lapan tahun.

Sebuah pesawat Singapore Airlines disiram air sejurus mendarat di KLIA di bawah program VTL di Sepang pada 29 November. - Gambar AFP
Sebuah pesawat Singapore Airlines disiram air sejurus mendarat di KLIA di bawah program VTL di Sepang pada 29 November. - Gambar AFP

Sementara itu, Pengurus Operasi Kavin Raj Gunalan, 24, berkata usaha pemimpin negara termasuk Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohamad untuk memastikan VTL ini menjadi kenyataan, amat dihargai rakyat Malaysia yang terkandas di Singapura.

Dia berkata pengalaman ‘terkandas’ di negara orang sedikit sebanyak mendidik dirinya untuk menghargai keistimewaan negara sendiri.

“Saya mewakili rakan-rakan saya yang berada di Singapura amat bersyukur dan menanti-nantikan detik ini kerana bukan senang untuk mengawal emosi kita apabila sudah lama tidak pulang dalam tempoh lama ke negara sendiri.

“Apa yang paling saya rindukan pertama tentulah keluarga, makanan kita di sini yang unik dan sedap dan saya rindukan suasana meriah dan harmoni di Malaysia dan selepas ini saya akan pergi bercuti bersama keluarga dan juga rakan-rakan,” katanya yang akan bercuti selama tiga bulan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Tidur Dalam Kereta Sudah Dibantu, Urusan Lain Akan Diselesaikan - Dr Taufiq

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Wartawan Palestin, Keluarga Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Kakitangan Kedutaan Malaysia Di Lubnan Diarah Pulang Ke Tanah Air

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad