web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


VTL Darat Malaysia-Singapura: Perkhidmatan Bas Mula Beroperasi Hari Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 10:29AM

Penumpang VTL Darat menunggu giliran menaiki bas ketika tinjauan sempena Pembukaan VTL Darat di Terminal Bas dan Pengangkutan Awam Larkin Sentral hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Perkhidmatan bas yang membawa pengembara Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat melalui Tambak Johor mula beroperasi hari ini tepat pukul 7.30 pagi ini. 

Tinjauan Bernama di Terminal Bas dan Pengangkutan Awam Larkin Sentral sejak 6.30 pagi tadi mendapati suasana terminal sedikit sunyi memandangkan tidak ramai warga Singapura, pemegang permit kerja jangka panjang atau penduduk tetap Singapura, yang menggunakan perkhidmatan bas untuk trip pertama. 

Bas pertama Causeway Link yang berlepas dari terminal itu ke Queen Street, Singapura tepat 7.30 pagi tadi, cuma membawa hanya lima orang. 

Orang ramai menunggu untuk menaiki bas. - Gambar AFP
Orang ramai menunggu untuk menaiki bas. - Gambar AFP

Bagaimanapun bas pertama dari Queen Street yang membawa warga tempatan khususnya, tiba pukul 9.15 pagi ini dengan kapasiti penuh seramai 45 orang memandangkan tiket bas habis dijual tidak sampai setengah jam selepas ia dibuka empat hari lepas. 

Untuk permulaan, VTL darat melibatkan seramai 1,440 orang (satu hala) dengan 64 trip sehari, menggunakan perkhidmatan bas Handal Indah (Causeway Link) (Malaysia) dan Transtar (Singapura). 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong dijadualkan melancarkan VTL darat di Woodlands, hari ini. 

Turut dijangka hadir Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah. 

Selain itu Menteri Besar, Johor Datuk Hasni Mohammad dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Azfar Mohamad Mustafar juga dijangka akan turut serta di majlis pelancaran itu. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar