Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hak Bermain Kanak-Kanak Perlu Diutamakan, Elak Tekanan Awal Usia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 8:05AM

Bermain adalah keperluan asas kanak-kanak yang ditetapkan di bawah Konvensyen Hak Kanak-Kanak, namun seringkali tidak diambil serius pihak berkaitan. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kanak-kanak adalah anugerah bernilai yang mesti dididik sebaik mungkin sejak awal usia, bagi memastikan mereka mencapai potensi diri sepenuhnya dan membentuk peribadi positif apabila dewasa.

Usaha mendidik itu bukan sahaja merangkumi keperluan asas, seperti makanan, tempat tinggal, kesihatan dan pendidikan terbaik, tetapi turut membabitkan fizikal, emosi serta sosial.

Bagaimanapun, segelintir masyarakat, khususnya ibu bapa sering terlepas pandang kepentingan satu daripada keperluan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak, iaitu bermain.

Dr Mazlina Che Mustafa
Dr Mazlina Che Mustafa

Pengarah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Mazlina Che Mustafa berkata, bermain adalah keperluan asas kanak-kanak yang ditetapkan di bawah Konvensyen Hak Kanak-Kanak, namun seringkali tidak diambil serius pihak berkaitan.

Katanya, hak bermain itu seolah-olah diketepikan akibat ibu bapa atau penjaga terlalu mengutamakan aspek pendidikan akademik atau kurang kesedaran berhubung kepentingannya terhadap kanak-kanak.

Mazlina berkata, konteks bermain adalah luas, antaranya di dalam dan luar rumah atau pada waktu rehat di sekolah.

Bermain juga, jelasnya, mengikut kepada minat setiap kanak-kanak dan daripada aktiviti itu, potensinya akan terserlah kerana ada antara mereka sangat menggemari permainan fizikal, seperti menunggang basikal atau bermain bola, manakala segelintir lagi menyukai permainan berbentuk bukan fizikal atau secara dramatik.

“Jika di sekolah negara barat, satu jam waktu rehat diperuntukkan untuk kanak-kanak bermain dan melepaskan tekanan. Di negara China, kanak-kanak diberi ruang bermain di luar kelas selama dua jam.

“Aktiviti itu bukan dibuat semata-mata memberikan kebebasan bermain, tetapi memenuhi keperluan dan hak kanak-kanak, malangnya waktu rehat di sekolah Malaysia, kanak-kanak kita macam sangat dikawal untuk berada di kantin sahaja,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan kes stres dalam kalangan kanak-kanak di negara ini.

Mengakui kes kesihatan mental, termasuk stres membabitkan golongan itu sememangnya berlaku, Mazlina menyifatkan keadaan terbabit disebabkan sikap ibu bapa dan pihak tertentu yang tidak memahami atau menyedari bahawa kanak-kanak turut memerlukan aktiviti sosial, iaitu bermain untuk mengelakkan tekanan.

Potensi kanak-kanak akan terserlah apabila mereka diberikan ruang untuk bermain dan melakukan aktiviti yang disukai. - Gambar Azim Abd Rahman
Potensi kanak-kanak akan terserlah apabila mereka diberikan ruang untuk bermain dan melakukan aktiviti yang disukai. - Gambar Azim Abd Rahman

Beliau berkata, atas alasan itu, sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan diraikan untuk menunjukkan kepada masyarakat, ibu bapa dan guru bahawa setiap kanak-kanak memiliki bakat tersendiri.

Jelasnya, sekiranya kanak-kanak diberi peluang bermain dan melakukan aktiviti disukai menerusi pemantauan betul di sebalik komitmen terhadap akademik semata-mata, potensi sebenar mereka akan lebih menyerlah.

Fokus perlu diberi terhadap aktiviti meneroka kanak-kanak. - Gambar Sairien Nafis
Fokus perlu diberi terhadap aktiviti meneroka kanak-kanak. - Gambar Sairien Nafis

Ditanya tempoh paling sesuai diberikan untuk kanak-kanak bermain setiap hari, Mazlina berkata, tempoh minima satu jam sudah mencukupi dan lebih baik sekiranya aktiviti itu dilakukan di luar rumah.

“Sebenarnya ruang bermain ini sepatutnya diberikan mencukupi kepada kanak-kanak sejak dia lahir hingga mencecah usia lapan tahun, tetapi sewaktu bayi, fokus perlu diberi terhadap aktiviti meneroka kerana perkembangan otak yang amat pesat,” kata Pensyarah di Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak UPSI itu.

Sekiranya keperluan bermain kanak-kanak itu dihalang, katanya, mereka berisiko mengalami gangguan kesihatan mental, termasuk dilanda tekanan sepanjang masa, sekali gus menyumbang kepada kenaikan kes berkaitan dalam kalangan kanak-kanak.

“Fitrah kanak-kanak adalah bermain, malah ketika mengajar golongan ini, pendekatan pendidikan awal kita gunakan sememangnya belajar melalui bermain, maknanya mereka tidak perlu belajar dengan duduk di atas kerusi macam kanak-kanak sekolah rendah.

“Satu lagi saya berharap segelintir masyarakat kita mengubah persepsi bahawa bila kanak-kanak ini bermain, maksudnya dia tidak belajar kerana tidak betul begitu,” katanya.

Dr Aziah Awal
Dr Aziah Awal

Mengulas isu sama, Pakar Psikologi Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Aziah Awal berkata, kanak-kanak sememangnya mempunyai hak mutlak untuk bermain, berehat dan berkreativiti,

Seandainya hak itu dinafikan, katanya, kanak-kanak akan berada dalam keadaan tertekan, kemurungan dan berdepan beberapa isu kesihatan mental serius.

Halangan untuk kanak-kanak bermain juga, jelasnya, menyebabkan mereka tidak dapat berinteraksi dengan rakan seusia, seterusnya kehilangan kemahiran insaniah, tidak tahu berhubungan dengan manusia dan menjejaskan skil di sekolah sehingga gagal berkomunikasi dengan baik apabila berjumpa masyarakat luar.

“Jika kanak-kanak yang ibu bapa dia sangat ‘gila’ kepada akademik, umur anak empat tahun sudah dihantar ke sekolah, kena membaca dan dihantar menguasai pelbagai kemahiran, sebagai contoh belajar piano, memanah, naik kuda, bilakah masanya untuk diri dia sendiri serta melakukan apa yang disukai? 

“Kanak-kanak kan suka berehat menonton video atau melakukan aktiviti luar rumah digemari, seperti bermain bola, jumpa kawan, jadi bila dia tak ada masa bermain, dia akan mengalami tekanan,” katanya.

Fitrah kanak-kanak adalah bermain malah pendekatan pendidikan awal yang digunakan sememangnya belajar melalui bermain. - Gambar Sairien Nafis
Fitrah kanak-kanak adalah bermain malah pendekatan pendidikan awal yang digunakan sememangnya belajar melalui bermain. - Gambar Sairien Nafis

Jelas Aziah, lumrah setiap individu adalah mula mengenali ibu bapa, sebelum hubungan bersama manusia diperluaskan kepada adik-beradik, datuk nenek dan saudara mara, seterusnya berkomunikasi dengan orang luar.

Daripada proses pembesaran itu, katanya, kanak-kanak akan memperoleh nilai tambah dan disedarkan dengan hakikat bahawa manusia memiliki pelbagai karakter.

Menurut Aziah, tanpa pengalaman itu, kanak-kanak terbabit akan membesar menjadi individu berfikiran sempit, tidak boleh bertolak ansur, sukar bercampur orang dan akhirnya memiliki ciri manusia kurang positif.

“Dia juga mungkin akan mengalami kehidupan menyedihkan, menyendiri dan semua apa dilakukan orang lain tidak betul pada pandangannya. Ini membuatkan dia sedih, tiada kawan dan berdepan masalah kesihatan mental.

“Disebabkan itu, ibu bapa mesti berwaspada dan sedar bahawa pasti ada sesuatu tidak kena dengan anak apabila menunjukkan sikap tantrum, buat perangai di luar kebiasaan, suka senyap atau kencing malam walaupun sudah tidak mengenakan lampin pakai buang,” katanya.

Ibu bapa perlu memberi ruang kepada anak untuk bermain dan berehat secukupnya bagi memastikan mereka memiliki kesihatan mental yang baik. - Gambar Sadiq Asyraf
Ibu bapa perlu memberi ruang kepada anak untuk bermain dan berehat secukupnya bagi memastikan mereka memiliki kesihatan mental yang baik. - Gambar Sadiq Asyraf

Dalam perkembangan berkaitan, Aziah turut menasihatkan ibu bapa supaya memberi ruang kepada anak untuk bermain dan berehat secukupnya bagi memastikan mereka memiliki kesihatan mental baik.

Walaupun bu bapa mahu mementingkan pendidikan, katanya, mereka harus berkompromi berhubung hak anak-anak berkenaan, malah seharusnya mempunyai keyakinan bahawa anak tetap akan berjaya dalam bidang diceburi.

Ibu bapa juga, tegasnya, mesti membiasakan diri untuk menunjukkan penghargaan terhadap keputusan dan pencapaian ditunjukkan anak.

“Mesti sebut ‘apa awak dapat ini bagus’ atau ‘tidak mengapa, nanti boleh cuba lagi.

“Jangan meletakkan anak-anak dalam keadaan tertekan, malah golongan kecil ini perlu diberi perhatian sepenuhnya, seperti makan mengikut waktu dan ibu bapa harus meluangkan lebih banyak masa bersama mereka,” katanya. - Getaran, 29 November 2021

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Semasa 21 jam yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki