web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tempoh Sebulan Kemas Kini Maklumat Permohonan BKM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2021 7:56PM

Mohd Shahar Abdullah (kiri) bersama salah seorang penerima pembiayaan SME Corp pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Keusahawanan Anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, di Kuantan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Individu yang layak memohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diberi masa sebulan untuk mengemaskini maklumat mereka melalui laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bermula awal Januari depan. 

Tempoh ini adalah antara usaha kerajaan mempermudahkan proses permohonan baharu bantuan disediakan kerajaan dengan nilai peruntukan berjumlah RM8.2 bilion. 

Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, proses permohonan baharu itu bagaimanapun tidak membabitkan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) memandangkan senarai penerima sudah sedia ada dalam pangkalan data kerajaan. 

"Semua permohonan baharu dan pemohon yang layak boleh mengemukakan permohonan mereka bermula 1 Januari 2022 dan pengagihan fasa pertama BKM dijadualkan pada Mac tahun depan. 

"Tujuan kita memberikan tempoh sebulan bagi proses kemas kini dan permohonan baharu ini adalah untuk memastikan lebih ramai individu yang layak dapat manfaat dan menerima BKM," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Karnival Keusahawanan Anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) di sini, hari ini. 

Pada majlis itu, seramai 16 usahawan menerima pembiayaan berjumlah RM105,000 dari TEKUN Nasional, 19 syarikat menerima pembiayaan dari SME Corp berjumlah RM1.4 juta dan lima koperasi di Pahang menerima pembiayaan RM2.4 juta melalui Tabung Modal Pusingan-Suruhanjaya Koperasi Malaysia. 

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Menteri MEDAC, Datuk Kamaruzzaman Johari mewakili Tan Sri Noh Omar. 

Menurut Mohd Shahar, arahan itu mencakupi penerima Geran Khas Prihatin (GKP) sebelum ini yang mengakibatkan mereka tidak layak menerima BPR dan BKC.

"Sekarang mereka juga boleh mengemukakan permohonan.

"Kerajaan menjangkakan kira-kira 10 juta penerima memperoleh manfaat melalui BKM, termasuk mereka yang sebelum ini berada dalam kategori M40 dan kini disenarai sebagai B40, susulan pandemik COVID-19. - Getaran, 28 November 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad