web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan Tambah Penerbangan Ke Sarawak Tepat - Fazzrudin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2021 4:32PM

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak. - Gambar Wikipedia

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Keputusan menambah jumlah kekerapan penerbangan ke Sarawak adalah tindakan tepat, selari dengan permintaan orang ramai yang mahu kembali ke negeri ini bulan depan untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 dan bercuti.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Fazzrudin Abdul Rahman meluahkan rasa lega susulan pengumuman Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin bahawa penerbangan ke negeri Bumi Kenyalang itu akan ditambah daripada 223 kepada 307 setiap minggu, mulai 11 Disember ini.

Menurut beliau, keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) untuk meluluskan penambahan penerbangan ke Sarawak disokong sepenuhnya.

"Ini membuktikan GPS adalah kerajaan yang bertanggungjawab, mendengar keluhan rakyat memandangkan harga tiket penerbangan yang terlalu tinggi sejak akhir-akhir ini terutamanya apabila menjelang hari pengundian," katanya hari ini.

Fazzrudin Abdul Rahman
Fazzrudin Abdul Rahman

Fazzrudin berkata, syarikat penerbangan juga digesa untuk turut memainkan peranan dalam mengurangkan tambang penerbangan bagi membantu orang ramai. 

"Kami berharap dengan peningkatan kekerapan penerbangan, ia akan membawa kepada penurunan harga tiket penerbangan dan membolehkan rakyat Sarawak pulang, sekali gus menggalakkan kedatangan pelancong ke Sarawak dan menyokong sektor pelancongan kita," ujarnya.

Katanya, langkah tersebut juga mampu memastikan peratusan keluar mengundi berada pada tahap maksimum semasa PRN dan membolehkan rakyat melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

"Kami ingin menasihatkan semua rakyat Sarawak yang pulang serta pelancong supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara dan JPBNS," jelasnya.

Tegasnya, ini penting dalam memastikan keselamatan semua pihak sepanjang tempoh pergerakan yang tinggi di Sarawak, serta mengehadkan kemungkinan penularan COVID-19 terutamanya dengan  penemuan varian baharu virus berkenaan.

"Walaupun kes COVID-19 menurun di Sarawak sejak akhir-akhir ini, ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk rakyat leka kerana peningkatan semula kes  akan memberi kesan buruk kepada semua" tambahnya. - Getaran, 28 November 2021
 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad