web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Tetapkan Ujian Saringan COVID-19 Murid Setiap Rabu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2021 9:27PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ujian saringan bergilir COVID-19 bagi murid sekolah rendah akan dilaksanakan pada setiap Rabu hari persekolahan.

Jurucakap Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, pihaknya sudah membekalkan Kit Ujian Kendiri COVID-19 kepada sekolah.

Jelasnya, bekalan itu bagi memastikan ujian saringan terbabit dapat dilaksanakan selaras tatacara pelaksanaan ujian kendiri COVID-19 yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.

“KPM menyambut baik saranan Kementerian kesihatan (KKM) dan akan melaksanakan 10 peratus sampel saringan COVID-19 secara mingguan dengan kaedah penggiliran.

“Ini selaras Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan (NTS) yang ditetapkan KKM,” kata jurucakap itu.

Kenyataan berkenaan turut dikongsi Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin menerusi Facebook, hari ini.

Menerusi kenyataan sama, KPM memaklumkan pihaknya akan
mengeluarkan surat pemakluman mengenai pelaksanaan saringan bergilir itu untuk murid sekolah rendah.

KPM turut menyarankan ketetapan itu terpakai di semua sekolah rendah institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan kementerian berkenaan.

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan murid sekolah rendah perlu menjalani ujian saringan COVID-19 secara mingguan bermula Isnin ini.

Langkah itu adalah sebahagian daripada NTS, selain bertujuan mengelakkan penularan kluster pendidikan di sekolah. - Getaran, 27 November 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar