web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kos Tunai Haji Dijangka Meningkat Lebih 50 Peratus

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2021 3:44PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kos menunaikan haji dijangka meningkat lebih 50 peratus berikutan cukai nilai tambah (VAT) yang diperkenalkan kerajaan Arab Saudi, naik kepada 15 peratus bermula Julai tahun lepas, berbanding lima peratus sebelumnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata kenaikan ini telah menyebabkan kos tersebut akan bertambah menjadi lebih RM30,000, berbanding sebelum ini RM23,000.

“Jumlah tepat mengenai perkara ini akan diputuskan dalam Kabinet dan diketahui awal tahun hadapan.

“Sebagaimana kami tegaskan di sini, Tabung Haji akan menanggung sebahagian daripada jumlah kos, namun kita belum putuskan berapa banyak yang akan ditanggung,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran membabitkan 18 keluarga di Jalan Gajah Mati, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata sebelum ini kos sebenar mengerjakan haji adalah RM23,000 namun hanya RM9,980 dikenakan kepada jemaah, dan jumlah itu tidak pernah dinaikkan sejak 2001.

“Sebaik sahaja kami mendapat jumlah sebenar kos yang dikenakan, kami akan maklumkan kepada bakal jemaah haji yang terpilih,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Marzuk berkata mengenai kuota jemaah haji, perkara itu akan diketahui awal tahun depan.

“Kami akur dengan segala keputusan yang dibuat kerajaan Arab Saudi sama ada mengekalkan kuota sedia ada iaitu 30,000 jemaah atau dikurangkan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar