web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kuasa Beli Rakyat Semakin Lemah Sejak 'Langkah Sheraton'

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2021 8:38AM

Harga barang mentah dilaporkan naik mendadak sejak kebelakangan ini termasuk sayur-sayuran sehingga mencetuskan keresahan rakyat, yang terhimpit sejak penularan pandemik COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mengambil langkah proaktif bagi menurunkan harga barang makanan yang naik secara mendadak sejak kebelakangan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Faiz Fadzil berkata, harga barang makanan mentah atau basah seperti sayur, telur, ayam, ikan dan minyak yang naik melebihi 100 peratus telah membebankan rakyat.

Menurut beliau, isu tersebut harus dipandang serius memandangkan kuasa membeli oleh rakyat semakin lemah akibat kemerosotan ekonomi sejak ‘Langkah Sheraton’.

“Kenaikan harga harga ini umpama meletak garam ke luka mereka dan peningkatan itu antara lain dikaitkan dengan kenaikan harga bahan input pertanian seperti racun serta baja. Justeru, kerajaan digesa menambah subsidi kepada bahan bakar, di samping memberikan insentif khas bagi menampung kos pengangkutan yang menjadi antara punca kos meningkat.

“Kerajaan perlu serius menangani masalah di peringkat rantaian bekalan supaya kos itu terkawal, dan seterusnya membendung sebarang kenaikan harga barang di pasaran, selain memberikan subsidi kepada industri input pertanian ini bagi menampung kos ditanggung,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Faiz Fadzil
Faiz Fadzil

Mengulas lanjut Faiz berkata, bantuan tersebut membolehkan kerajaan memperkenalkan harga siling bagi bahan mentah, manakala subsidi kepada pemain industri pertanian serta makanan membantu mengawal margin keuntungan golongan terbabit agar tidak terjejas.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) jelasnya, mempunyai kuasa di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 untuk mengawal harga barang dan mengambil tindakan undang-undang ke atas individu atau syarikat yang menaikkan harga barang secara melampau.

“Pegawai KPDNHEP perlu turun padang secara lebih aktif bagi memeriksa harga jualan barang makanan terutama barang basah dan mengambil tindakan undang-undang secara ketat, termasuk kompaun ke atas pemborong serta penjual yang menaikkan harga secara melampau.

“Di samping itu, akta ini juga perlu segera dipinda bagi memberikan kuasa yang lebih kepada kerajaan mengambil langkah lebih berkesan mengawal harga barang," katanya.

Faiz menarik perhatian, pelbagai peruntukan perundangan digubal bagi menjamin keselamatan negara dan perkara sama seharusnya dilakukan dalam mengawal selia hal berkaitan kepenggunaan.

“Jika dalam mengawal isu keselamatan negara, kerajaan boleh mengubal dan meminda pelbagai undang-undang seperti SOSMA, POTA dan Akta MKN, kenapa dalam isu harga barang, kerajaan sepi tanpa tindakan, sedangkan isu ini melibatkan masalah kehidupan rakyat yang tulen,” katanya, kesal.

Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri
Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri pula meminta KPDNHEP memberi penjelasan berhubung kenaikan harga barangan yang dilihat masih sepi daripada sebarang pelan tindakan setakat ini.

Pada masa sama, beliau berpandangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) perlu mengadakan perbincangan dengan negara pengeluar bagi mengatasi kenaikan kos penanaman dan melakukan pemantauan secara berkala.

“Apakah yang kementerian sedang lakukan atau hanya sekadar membiarkan pasaran menentukan harga? KPDNHEP perlu segera mainkan peranan untuk mengawal harga barangan mentah keperluan dengan menguatkuasakan Akta kawalan Harga dan Akta Anti Pencatutan. 

“Hanya melalui penguatkuasaan sahajalah kesan kepada pengguna dan rakyat dapat diminimakan. Cadangan ini perlu dilaksanakan supaya tindakan dapat diambil terhadap mana-mana pengeluar yang sewenang-wenangnya menaikkan harga asal, di mana boleh membebankan pengguna," tegasnya.

Pemuda UMNO jelasnya, senada dengan pendapat disuarakan ketua pergerakan itu, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyatakan, sudah tiba masanya untuk kerajaan benar-benar menetapkan hala tuju ‘Dasar Jaminan Makanan Negara’ agar kebergantungan kita kepada barangan asas import dapat diminimakan.

"Rakyat kini sedang berdepan dengan tekanan kenaikan harga barangan makanan yang boleh disifatkan 'menggila', seolah-olah pesta pakat-pakat naik harga barangan dengan alasan kos meroket," katanya.

Memburukkan keadaan lagi keadaan jelasnya, penglibatan ‘orang tengah’ yang cuba mengaut keuntungan berlebihan telah memberi kesan parah kepada poket rakyat dan pengguna.

“Pengeluar dengan mudah boleh menaikan harga barang apabila kos naik dan pengguna terpaksa membeli akibat tiada pilihan di dalam pasaran.

“Lebih menyedihkan pengguna tidak mempunyai kaedah bagi menaikkan pula pendapatan mereka dengan segera bagi menampung kenaikan kos bagi membeli barangan,” katanya. 

Semalam, Getaran melaporkan kenaikan mendadak harga sayur pada minggu ini menyebabkan pengusaha makanan dan katering kini tertekan, kerana terpaksa menyerap kenaikan kos tersebut dalam perniagaan.

Majoriti golongan berkenaan gusar dengan peningkatan harga sayur yang meningkat sehingga 200 peratus, sehingga menjejaskan perniagaan diusahakan, apatah lagi sebahagian besar hanya berniaga secara kecil-kecilan. - Getaran, 27 November 2021.

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar