web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RUU Tanah Kampung Baru Beri Perlindungan Seumur Hidup Pada Pemilik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2021 8:00AM

RUU Tanah Kampung Baru dijangka dibentang di Parlimen pada awal tahun depan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Draf Rang Undang-Undang (RUU) Tanah Kampung Baru yang dijangka dibentang di Parlimen pada awal tahun depan diharap akan memberi jaminan perlindungan seumur hidup kepada pemilik tanah Kampung Baru.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata sejak dahulu tiada undang-undang yang boleh melindungi secara khusus Tanah Rizab Melayu bagi menghalang mana-mana pihak yang mahu menukar status tanah berkenaan.

“RUU Tanah Kampung Baru yang kini dalam semakan Pejabat Peguam Negara diharap dapat menjaga kepentingan hak milik pemilik tanah Kampung Baru sampai bila-bila, dan pembangunan yang dirancang pula akan dilaksanakan dalam bentuk pajakan serta dipersetujui bersama antara pemilik tanah dan pemaju.

“Saya yakin RUU ini sekiranya diperkenalkan akan menjadi panduan kepada negeri-negeri lain, supaya memperkenalkan RUU sama untuk menyelamatkan tanah daripada bertukar milik,” katanya pada ucapan perasmian pelancaran Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru 2040 (PIPKB 2040) dan Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Kampung Baru (PPPSKB) di sini, malam tadi.

Turut hadir Timbalan Menterinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Pengerusi Perbadanan Kampong Bharu, Datuk Affendi Zahari.

Sementara itu mengenai PIPKB 2040, Shahidan berkata pelan induk itu dirangka sebagai dokumen panduan untuk mentransformasi pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial secara bersepadu sekali gus memandu hala tuju Kampung Baru secara menyeluruh untuk 20 tahun akan datang.

“Ia akan menjadi mekanisme kepada kerajaan dan Perbadanan Kampong Bharu (PKB) khususnya  dalam memudah cara, mengawal selia dan menilai semua cadangan pembangunan sama ada secara usaha sama penduduk, pemaju dan syarikat berkaitan kerjaan (GLC).

“Insya-Allah pelan induk ini akan menjadikan Kampung Baru sebagai penempatan kompetitif yang memberi keutamaan kepada orang Melayu di tengah ibu negara,” katanya.

Shahidan berkata PPPSKB pula disediakan bagi membantu dan menggalakkan pemilik membangunkan tanah secara bersendirian atau membuat usaha sama dengan pemaju, GLC dan swasta.

Katanya PPPSKB akan menyediakan insentif khusus yang akan dinikmati oleh pemilik tanah dan pemaju merangkumi urusan hal tanah dan pembangunan iaitu antaranya pengecualian 100 peratus caj pembangunan, pemberian nisbah plot terbuka dan pengurangan 70 peratus caj Infrastructure Service Fund. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Usaha Berkaitan Kampung Baru Perlu Ambil Kira Kepentingan Melayu - Sultan Sharafuddin

2

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

RUU Produk Kawalan Rokok Agenda Utama Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Proses Pindaan Undang-Undang Nyahjenayah Cubaan Bunuh Diri Peringkat Parlimen Selesai

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad