Berita Terkini

5 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Produk Gardenia Naik Harga Mulai 1 Disember

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 6:04PM

Senarai harga produk Gardenia yang tular di media sosial.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas kenaikan harga sayur, hari ini tular pula di media sosial senarai harga baharu produk roti Gardenia yang digemari ramai.

Berdasarkan senarai tersebut, produk roti keluaran syarikat berkenaan mengalami kenaikan antara 10 hingga 45 sen.

Harga baharu yang bakal berkuat kuasa 1 Disember depan itu bagaimanapun mengundang reaksi kurang menyenangkan di kalangan netizen.

“Nak makan sayur harga sayur naik, nak makan roti harga roti naik,” kata seorang warga net dikenali sebagai Helmi.

Pendapat sama turut disuarakan seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Vijayretnam.

“Harga roti Gardenia naik, kami rakyat Malaysia kerja tak ada makan apa barang Malaysia semua naik, macam mana nak hidup,” katanya.

“Roti mahal, sayur mahal, gaji tak nak follow sekali ke?” soal Muhammad Farhan pula dengan sinis.

Harga baharu bagi sebuku roti Gardenia Original Classic (400 gram) ialah RM2.80, berbanding hanya RM2.50 sebelum ini.

Gardenia Original Classic Jumbo (600 gram) pula berharga RM4, naik daripada RM3.55, manakala roti Gardenia Bran & WheatGerm (400 gram) yang kini berharga RM2.50 akan dinaikkan kepada RM2.90.

Harga baharu lain termasuk RM3.70 untuk Gardenia Fluffy Buns dan RM1.30 untuk Gardenia Puazz Buns dan juga Gardenia Squiggles (Funky Strawberry & Choco Malto).

Gardenia QuickBites pelbagai perisa  turut naik antara RM1 dan RM1.20, berbanding hanya RM0.90 sebelum ini.

Sementara itu, jurucakap Pengurusan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd ketika dihubungi Getaran mengesahkan, senarai harga terbaharu produknya yang tular itu akan berkuat kuasa pada 1 Disember depan.

“Memang betul (naik) berdasarkan senarai baharu yang tular sejak pagi tadi,” katanya.

Menurut jurucakap itu lagi, semakan harga terpaksa dilaksanakan memandangkan syarikat terjejas teruk oleh kenaikan kos akibat penularan wabak COVID-19.

“Gardenia KL juga terjejas disebabkan cabaran ini dan telah berusaha sedaya upaya untuk menyerap kenaikan harga bahan mentah.

“Namun peningkatan luar biasa dalam pembuatan dan kos bahan di luar kawalan telah meletakkan Gardenia KL dalam kedudukan yang sukar tanpa alternatif, kecuali melaksanakan semakan harga ke atas produk Gardenia berkuat kuasa 1 Disember depan,” katanya.

Tambahnya, semakan harga terpaksa dilakukan berikutan kenaikan harga bagi bahan mentah seperti tepung, gandum, lelemak, serbuk koko, susu dan pembungkusan.

“Semakan harga ini melibatkan produk yang dalam beberapa keadaan, kekal tidak berubah bertahun-tahun seperti rangkaian Gardenia Original Classic.

“Harga produk lain turut disemak termasuk rangkaian Gardenia Delicia, fluffy bun, roti krim, muffin, Gardenia Twiggies, wafel dan Gardenia NuMee,” katanya.

Pada masa sama, Gardenia Bakeries (KL) turut mengucapkan terima kasih atas sokongan pengguna yang setia selama ini.

“Gardenia KL kekal fokus meningkatkan usaha kami untuk mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan di kedai roti kami.

“Bagi Gardenia KL, kenaikan harga adalah pilihan terakhir selepas semua usaha lain telah diambil untuk memaksimumkan kecekapan operasi,” katanya. - Getaran, 25 November 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Berkongsi Rezeki Di Pagi Hari

2

Teknovasi 1 tahun yang lalu

TV YouTube Naikkan Harga Langganan, Bersaing Dengan Disney Plus dan Apple TV+

3

Jelajah 1 tahun yang lalu

Kafe Hipster Tidak Lenyapkan Kedai Kopi Dan Roti Antik Di Kuala Kangsar

4

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Sony Akan Naikkan Harga PS5 Susulan Perkembangan Ekonomi Global

Sorotan

1

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

2

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

3

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

4

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

5

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

6

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

1MDB: Mahkamah Akan Tentukan Sama Ada Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes – Hakim

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Pandu Lawan Arus Di Kuantan Ada Masalah Kesihatan – Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

oleh Wartawan Getaran