web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Didakwa Lakukan Persetubuhan Luar Tabii Dengan Kambing Betina

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 3:54PM

Shaari Hasan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu hari ini atas tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina Julai lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KUBU BHARU - Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina di belakang rumah jirannya, Julai lalu.

Shaari Hasan, 60, didakwa melakukan perbuatan itu di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Buaya, Rawang di sini pada 1.30 tengah hari, 27 Julai lalu, mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Shaari, yang memakai baju kemeja bercorak flora mengangguk faham dan mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Bagaimanapun, ketika ditunjukkan barang kes iaitu pakaian miliknya yang dirampas semasa kejadian iaitu sehelai baju T berwarna hijau dan seluar panjang berwarna coklat, lelaki itu tidak mengakui kedua-dua pakaian berkenaan adalah miliknya.

Nurul Mardhiah kemudian bertanya kepada tertuduh: “Adakah baju dan seluar itu milik kamu?” dan tertuduh, yang merupakan seorang duda menjawab, “Bukan”.

Nurul Mardhiah berkata pengakuan salah tertuduh tidak boleh diterima memandangkan dia tidak mengakui barang kes tersebut dan meminta pertuduhan terhadap lelaki itu dibacakan sekali lagi dan tertuduh mengaku tidak bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Khadijah Amir Hamdzah tidak menawarkan jaminan memandangkan kesalahan itu adalah serius, namun peguam Zolazrai Zolkapli yang mewakili tertuduh memohon jaminan dibenarkan kerana anak guamnya tinggal seorang diri.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 24 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan kejadian itu disedari seorang wanita berusia 45 tahun yang terdengar bunyi mengembek dari kandang kambing yang terletak di belakang rumahnya.

Menurut polis, wanita berkenaan yang pergi ke kandang kambing itu mendapati, seorang lelaki yang dikenalinya berada dalam keadaan separuh bogel bangun dari sebelah kambing milik wanita tersebut.

Selepas menyedari kehadiran wanita terbabit, suspek telah melarikan diri dan hasil pemeriksaan mendapati, kambing betina yang menjadi mangsa lelaki itu telah mati. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

2

Semasa 15 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

3

Semasa 16 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

4

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad