web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aniaya Kanak-Kanak Sindrom Down, Pengasas Rumah Bonda Didakwa Lagi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 1:05PM

Siti Bainun mengaku tidak bersalah tas pertuduhan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun.

Siti Bainun, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga remaja itu telah menganiaya mangsa sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun tahun ini, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 20 Ogos lepas, Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan remaja terbabit sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dan emosi, di lokasi dan masa yang sama.

Terdahulu, peguam Datuk Farhan Maaruf yang dibantu Nur Aminahtul Mardiah Md Nor memohon agar mahkamah mengguna pakai wang jaminan RM12,000 yang dikenakan terhadap anak guamnya sebelum ini kerana fakta serta bukti bagi kedua-dua kesalahan itu adalah sama.

“Pihak kami percaya jaminan RM12,000 yang dikenakan ke atas anak guam saya bagi pertuduhan sebelum ini mencukupi untuk memastikan kehadirannya di mahkamah, namun sekiranya mahkamah ingin mengenakan jaminan bagi pertuduhan kedua ini, saya mohon wang jaminan sebanyak RM3,000,” kata Farhan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Shakira Aliana Alias memohon wang jaminan ditambah berikutan penambahan pertuduhan ke atas Siti Bainun.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mengekalkan syarat tambahan iaitu dilarang mengganggu mangsa, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berdekatan.

Noor Shakira Aliana turut memaklumkan kepada mahkamah, kedua-dua kes itu akan dibicarakan bersama dan setakat ini pihaknya telah menyediakan seramai 29 saksi pendakwaan untuk memberi keterangan.

“Pihak pendakwaan telah menyerahkan 13 dokumen berkaitan kes itu kepada pihak pembelaan, namun terdapat beberapa dokumen lain yang masih belum diserahkan antaranya rekod janji temu mangsa dari Hospital Serdang dan gambar daripada forensik,” katanya yang turut memohon tarikh sebutan bagi penyerahan dokumen tersebut.

Izralizam kemudian menetapkan perbicaraan kes itu berlangsung selama 15 hari bermula 30 Mac 2022 manakala sebutan kes ditetapkan pada 6 Januari tahun depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

2

Semasa 15 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

3

Semasa 16 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

4

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar