web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Negara Pilih Jenama Susu Formula Berbeza, Miliki Keunikan Tersendiri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 3:12PM

Lambakan susu formula di pasaran mengakibatkan segelintir ibu yang tidak berpeluang menyusukan anak disebabkan pelbagai faktor, berdepan kesukaran untuk memilih produk terbaik untuk bayi mereka. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hakikatnya susu terbaik untuk si manja adalah susu ibu, namun tidak semua ibu berpeluang menyusukan anak-anak secara eksklusif sehingga dua tahun disebabkan pelbagai faktor.

Sebagai alternatif, mereka mengambil langkah memberikan susu formula kepada anak masing-masing.

Namun lambakan susu formula dari pelbagai jenama di pasaran membuatkan kebanyakan ibu berdepan kesukaran memilih produk terbaik untuk si manja.

Beberapa jenama susu formula dilihat menjadi pilihan ibu di Asia Tenggara melalui kajian dijalankan theAsianparent Insights, cabang penyelidikan pasaran laman web keibubapaan, theAsianParent (TAP), baru-baru ini.

Kajian membabitkan lebih 5,000 ibu itu memerlukan mereka menilai jenama susu formula yang digunakan dalam tempoh tiga bulan berdasarkan tujuh parameter.

Tujuh parameter berkenaan ialah memenuhi keperluan, kepercayaan, cinta pada jenama, keunikan, nilai untuk wang, kepuasan, dan kemungkinan untuk mengesyorkan.

Skor Jenama Keseluruhan (OBS) pula bergantung kepada kepentingan parameter, bermula daripada 5.31 hingga 6.13 (daripada 7).

Hasil kajian menunjukkan, kebanyakan jenama susu formula menunjukkan daya saing tinggi di pasaran Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Di Malaysia, kebanyakan ibu memilih susu formula jenama Pediasure, Enfagrow dan Karihome untuk anak mereka.

Semua produk tersebut memperoleh tiga Skor Jenama Keseluruhan (OBS) teratas.

Jenama S-26 pula mengungguli pasaran Indonesia apabila mendapat tempat pertama dalam semua parameter kecuali keunikan.

Dari aspek keunikan, susu dari jenis Pediasure menduduki tempat teratas di Indonesia.

Sementara itu, susu formula Enfamil pula mendapat OBS tertinggi iaitu pada 6.13 di Filipina, berbeza di Singapura apabila susu formula Aptamil dan Dugro menjadi pilihan kebanyakan ibu untuk si kecil mereka.

Bagi pasaran di Thailand, susu formula Dumex mendahului enam daripada tujuh parameter tetapi Enfagrow menerima OBS tertinggi.

Ketua Wawasan Serantau TAP, Malena Gong berkata, hasil kajian itu turut mendapati skor menurun apabila menyentuh perihal keunikan di lima pasaran terbabit.

“Ini adalah penemuan menarik yang kami gembira untuk kongsi dengan semua jenama.

“Keunikan adalah titik kesukaran dan peluang yang boleh digunakan semua jenama ini untuk memenangi hati golongan ibu,” katanya.

Menurut beliau, kajian tersebut turut menunjukkan 35 peratus ibu di negara ini gemar membeli sekurang-kurangnya purata empat pek susu sebulan berbanding ibu di pasaran Asia Tenggara yang lain.

“Hampir separuh ibu di Malaysia juga lebih gemar membeli susu formula dalam pek bersaiz besar (700 gram hingga 1000 gram), diikuti pek sederhana (300 gram hingga 699 gram).

“Dalam pada itu, kira-kira 85 peratus ibu masih memilih untuk membeli secara luar talian seperti pasar raya dan pasar raya besar berbanding kedai serbaneka, pasar mini, kedai runcit dan farmasi,” katanya.

Sebanyak 82 peratus pula jelas beliau, memilih untuk membeli dalam talian dan menjadikan Shopee sebagai platform e-dagang pilihan, sekali gus peratusan tertinggi dalam kalangan pengguna Shopee di rantau Asia Tenggara.

“Kajian turut mendapati pengesyoran daripada keluarga atau rakan adalah sumber kesedaran dan pemacu pembelian teratas sesuatu jenama susu formula itu.

“Cadangan daripada ibu lain melalui media sosial atau aplikasi keibubapaan pula menduduki tempat kedua di tiga daripada lima pasaran untuk kesedaran,” katanya.

Cadangan doktor, pakar sakit puan dan pakar pediatrik pula mengambil tempat kedua untuk pengaruh.

“‘Ini semua tentang perbualan. ‘Pemasaran mulut ke mulut' tidak terhad untuk menjana desas desus semasa pelancaran kempen, tetapi memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kepercayaan jenama.

“Kebanyakan perbualan ini berlaku dalam talian, di kalangan ibu bapa dan komuniti ibu bapa yang lebih besar, bertukar cerita, petua dan ulasan tidak ditapis. Ini adalah ruang yang memerlukan pendengaran,” katanya. - Getaran, 24 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi Cukup Sifat Ditinggalkan Di Tangga Pangsapuri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Kelar Bayi Umur 6 Bulan, WhatsApp Gambar Mayat Kepada Suami

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi Maut Dicampak: Polis Rakam Keterangan 2 Individu

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad