web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SRC: Najib Gagal Tangguh Keputusan Rayuan Kes Pada 8 Disember

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 1:38PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan tarikh keputusan rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana menyalahgunakan dana SRC International Sdn Bhd.

Perkara itu dimaklumkan melalui sepucuk surat yang ditandatangani Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron kepada bekas Perdana Menteri, peguam utamanya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan pihak pendakwaan.

“Dimaklumkan bahawa permohonan pihak perayu (Najib) untuk penangguhan tarikh keputusan adalah tidak dibenarkan. Sehubungan itu, sila pastikan kesemua pihak hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya pada tarikh yang ditetapkan,” menurut surat berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul mengesahkan perkara itu.

Semalam, Najib memohon kepada Mahkamah Rayuan supaya melapangkan tarikh 8 Disember yang ditetapkan untuk keputusan rayuannya sabitan dan hukuman bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Menurut dokumen yang dihantar kepada Pendaftar Mahkamah Rayuan, Najib memohon untuk menangguhkan tarikh keputusan itu kerana beliau akan berada di Singapura sehingga 5 Disember ini.

"Perayu (Najib) memohon supaya tarikh tersebut dilapangkan dan tarikh keputusan ditetapkan pada minggu berikutnya, iaitu dari 13 Disember hingga 17 Disember, atau mana-mana tarikh lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah," katanya.

Menurut dokumen itu, sekembalinya dari Singapura pada 5 Disember, Najib akan dikehendaki menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari sehingga 12 Disember dan hanya boleh menghadiri mahkamah atau perhimpunan awam mulai 13 Disember.

Dokumen itu juga menyatakan bahawa pasukan pendakwaan telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan tidak membantah penetapan semula tarikh keputusan itu.

Dokumen itu menyatakan bahawa perbicaraan kes pengubahan wang haram membabitkan Muhammad Shafee di Mahkamah Tinggi juga ditetapkan untuk disambung semula pada 8 Disember selain Najib turut perlu menghadir perbicaraan kes membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi.

Menurut dokumen itu, Muhammad Shafee juga perlu berada di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi mewakili anak guamnya dalam kes bunuh dari 20 Disember hingga 23 Disember.

Najib, 68, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas, yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapatinya bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT) , pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kedudukan, melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 bilion. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar