web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


97.5 Peratus Guru Lengkap Vaksin COVID-19 Setakat 31 Oktober

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 1:14PM

97.5 peratus guru telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 sehingga 31 Oktober lepas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah 97.5 peratus guru telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat 31 Oktober lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata sebanyak 99.04 peratus guru telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Mengenai tindakan akan diambil terhadap guru yang enggan (mengambil vaksin), ia berpandu kepada arahan akan dikeluarkan oleh JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam),” katanya menjawab soalan tambahan Wong Ling Biu (PH-Sarikei) yang bertanyakan jumlah guru enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Menjawab soalan tambahan Dr Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) mengenai video tular berkaitan layanan terhadap guru tidak mengambil vaksin COVID-19 dengan ditempatkan dalam tandas dan tempat terpencil, Mah berkata mana-mana pihak mempunyai maklumat berkaitan perkara itu boleh menyalurkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

“Memang menjadi keutamaan KPM untuk sentiasa memberikan keutamaan terhadap kebajikan guru dan murid serta semua warga pendidikan,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Sarikei itu bertanyakan soalan mengenai pemindahan balik guru yang berasal dari Sarawak serta berapa ramai yang telah dipindahkan balik ke Sarawak sejak lima tahun lepas.

Berdasarkan rekod KPM dari 2017 hingga 2021, Mah berkata 1,023 guru berasal dari Sarawak telah diluluskan pertukaran dari Semenanjung ke negeri itu.

Beliau berkata pertimbangan permohonan pertukaran guru dibuat berdasarkan kepada prinsip asas dan kategori permohonan yang ditetapkan.

“KPM telah menetapkan tiga prinsip asas pertukaran iaitu kekosongan jawatan, keperluan opsyen serta kepentingan dan keperluan perkhidmatan.

“Dalam hal ini, permohonan pertukaran boleh dibuat berdasarkan kepada beberapa kategori iaitu kategori kesihatan, keselamatan, mengikut pasangan dan lain-lain,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar