web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Projek Pembinaan Lebuh Raya Dipercayai Punca Banjir Di Ampang Jaya

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 8:17AM

Penduduk di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang membersihkan rumah mereka selepas kawasan berkenaan dilanda banjir kilat semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Banjir kilat susulan hujan lebat di sekitar Ampang Jaya semalam dipercayai akibat beberapa faktor antaranya kerja-kerja pembinaan lebuh raya di kawasan berhampiran, yang mengakibatkan tanah dan lumpur memasuki sungai dan saliran air. 

Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata tanah dan lumpur daripada projek pembinaan itu terlonggok di dalam longkang dan sungai mengakibatkan saliran itu menjadi cetek lalu menyebabkan banjir.

"Saya difahamkan hujan turun selama lima jam dan ia telah membawa 140 milimeter (mm) (hujan)...sungai di sini hanya boleh menampung 60 mm (hujan). Jadi, ia sudah menjadi dua kali ganda menyebabkan air itu melimpah keluar.

"Perkara ini berlaku kerana lumpur kerja-kerja pembinaan lebuh raya yang tersangkut di dalam sungai dan longkang menyebabkan air pada saliran itu cepat naik. Kita akan pastikan kerja pembaikan dipercepatkan dan juga keseluruhan pembangunan lebuh raya itu tidak terjejas dengan kejadian ini," katanya dalam sidang media di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Lembah Jaya Utara di sini kelmarin.

Beberapa kawasan di sekitar Ampang Jaya seperti  Lembah Jaya Utara, Kampung Melayu Ampang, Kuala Ampang dan Jalan Kolam Air dilanda banjir kilat susulan hujan lebat petang semalam. 

Dilaporkan, sejumlah 801 individu daripada 162 keluarga terjejas akibat banjir itu telah dipindahkan ke Dewan MPAJ sejak malam tadi.

Mengenai kemungkinan pampasan kepada mangsa banjir itu, Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata perbincangan akan dilaksanakan terlebih dahulu bersama pihak yang terlibat dengan pembinaan lebuh raya itu sekiranya terdapat kerosakan teruk pada lokasi yang terjejas.

"Itu kita akan bincang kemudian sekiranya ada yang cukup terjejas atau secara penuh (teruk). Seperti infrastruktur awam, ada jambatan yang roboh dan mungkin itu kita boleh lihatkan (bincang). Mungkin pihak terlibat (dengan pembinaan) lebuh raya boleh memberi sumbangan untuk pembinaan semula," katanya. 

Selain itu, Zuraida berkata kerja-kerja pembersihan saliran akan dilaksanakan secepat mungkin dengan kerjasama pelbagai agensi terutamanya pihak MPAJ serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) agar mangsa boleh pulang ke rumah dengan selamat dan perkara ini tidak berulang.

Beliau turut memaklumkan bahawa bantuan keperluan asas dan kerja-kerja pembersihan juga akan diberikan kepada mangsa banjir yang terjejas di kawasan berkenaan.

"Saya lihat di sini (pusat pemindahan) agak panas kerana beratapkan zink dan saya akan membeli kipas untuk setiap unit yang ada di sini (pusat pemindahan banjir). Petugas-petugas kita ada, kita akan lihat satu per satu (rumah yang terjejas) dan bersihkan kawasan, kita lihat apa kekurangan dan insya-Allah kita akan bantu," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad