web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siakap Langkawi: KPDNHEP Rujuk Timbalan Pendakwa Raya Tentukan Tindakan Lanjut

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2021 6:14PM

Rosol mendengar penerangan daripada Zulkepli Amin mengenai buah Melon Manis Terengganu semasa melakukan lawatan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Peradong, Manir hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan merujuk kertas siasatan kes pemilik restoran terapung di Langkawi yang didakwa mengenakan caj terlampau iaitu RM1,196.80 bagi seekor ikan siakap seberat 7.48 kilogram, kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata kertas siasatan di bawah Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011  dibuka kerana peniaga berkenaan gagal menyelenggara dan  menyimpan dokumen wajar dalam pengendalian  perniagaan.

“Jika sabit kesalahan peniaga boleh dikenakan denda RM100,000 bagi kesalahan pertama dan RM250,000 bagi kesalahan kedua dan seterusnya,” katanya.

Bagaimanapun, disebabkan ketiadaan dokumen lengkap seperti kos operasi dan kos-kos lain daripada peniaga tersebut menyebabkan siasatan di bawah kesalahan pencatutan mengikut Seksyen 21 (AKHAP) tidak dapat dijalankan,” katanya selepas melawat tanaman fertigasi tembikai wangi atau rock melon di Kampung Peradong di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pertanian Terengganu, Zulkepli Amin Mat Jusoh @ Yusof.

Susulan isu “siakap harga kayangan” itu, Rosol berkata KPDNHEP melancarkan Ops Menu di seluruh negara bermula 6 November lepas sehingga semalam, dengan 21 kes diambil tindakan atas pelbagai kesalahan dan nilai keseluruhan kompaun berjumlah RM6,400.

Menurutnya daripada 21 kes itu, 10 kes melibatkan kesalahan di bawah AKHAP 2011 manakala 11 lagi berkaitan Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972.

“Pegawai dan anggota terlibat telah melakukan pemeriksaan di 2,800 premis termasuk kedai makan dan restoran di seluruh negara bermula 6 November lepas dan akan diteruskan sehingga 31 Disember ini.

“Kes tertinggi dikesan ialah di Sabah dengan sembilan kes, Johor (tiga), Pulau Pinang (dua), manakala  Perak, Terengganu, Kelantan, Perlis, Pahang, Selangor dan Sarawak masing-masing satu kes,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Hanya 1 Notis Dihantar Penganjur WMMY 2023 - Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad