web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Melaka, Antara Sejarah Dan Dilema Pembangunan 'Gajah Putih'

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2021 3:05PM

Projek Melaka Monorel mula dibina pada Mei 2008, namun ia kini ia menjadi projek 'gajah putih'. - Gambar Mustaffa Kamal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR HILIR - Pembangunan pesat di Melaka mengubah wajah bandar raya bersejarah itu saban tahun, hingga menjadi antara destinasi pilihan utama pelancongan dari dalam dan luar negara.

Panorama negeri itu yang dulunya indah dengan tinggalan binaan zaman penjajah, kini dimeriahkan dengan pembangunan serba moden tersergam di kaki langit Melaka yang sentiasa membiru.

Namun, di sebalik pembangunan dirangka, ada juga pemandangan yang menyakitkan setiap mata melihat, malah mencacatkan wajah bandar raya itu sendiri.

Tinjauan Getaran di sekitar bandar raya bersejarah ini mendapati, terdapat dua projek bernilai jutaan ringgit yang kini berstatus ‘gajah putih’, tidak termasuk satu yang sudah sekian lama tergendala.

Projek Melaka Monorel dipersetujui ramai antara gajah putih yang mencacatkan keindahan negeri Hang Tuah itu.

Diusahakan oleh Agibs Engineering and Construction Sdn Bhd yang dimiliki oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), ia menelan belanja sebanyak RM16.5 juta.

Melaka Monorel mula dibina pada Mei 2008 dan dirasmikan oleh bekas Ketua Menteri Melaka ketika itu iaitu Tun Mohd Ali Rustam pada 20 Oktober 2010 sempena sambutan Melaka Maju 2010.

Laluan sepanjang 1.6 kilometer dengan menyelusuri Sungai Melaka ini kerap dilanda masalah, malah perkhidmatannya terhenti sekurang-kurangnya 22 kali ketika mula beroperasi.

Selepas mengalami pelbagai kendala teknikal, Melaka Monorail kembali beroperasi sepenuhnya untuk pelancong pada 4 Disember 2017.

Bagaimanapun, tinjauan Getaran di Hang Tuah Jaya mendapati, perkhidmatan monorel itu tidak lagi beroperasi malah bangunannya kini semakin usang dan dipenuhi dengan unsur vandalisme.

Arab City
Arab City

Turut menduduki carta ialah Arab City antara yang tidak terlepas dari menjadi perhatian apabila dilancarkan, sesuai dengan status pembangunan bertaraf mega dengan belanja sebanyak RM1 bilion.

Dirancang untuk dibangunkan di pulau buatan iaitu Pulau Melaka, ia berada di bawah kendalian Golden Corporate Heritage Sdn Bhd (GCH), dengan kerjasama kerajaan negeri Melaka yang ketika itu di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Arab City ialah projek pertama seumpamanya di dunia, malah menurut Presiden GCH, Sheikh Saleh Al Mansour projek terbabit sudah pun dipasarkan di 20 buah negara Arab.

Projek terbabit bermula pada Januari 2009 dan dijangka siap pada tahun 2012, namun ia terbengkalai malah pelancarannya tidak pernah berlaku.

Sebuah lagi projek mega di negeri ini adalah pembinaan Melaka Gateway yang dikhuatiri bakal menerima nasib sama, apabila pembangunannya kini terhenti akibat masalah antara kerajaan negeri dengan syarikat pemaju.

Melaka Gateway
Melaka Gateway

Melaka Gateway, sebuah projek pembangunan komersial bercampur di kawasan seluas 246.4 hektar itu secara dasarnya mencakupi tiga pulau baharu, dengan dua daripadanya adalah buatan manusia yang dijangka siap pada 2025.

Projek bernilai RM43 bilion itu dilancarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Februari 2014.

Di awal pelancaran, ia disifatkan sebagai pemangkin dalam membantu menepati sasaran kerajaan untuk menerima kunjungan 36 juta pelancong menjelang 2020.

Projek berkenaan merangkumi 12 presint antaranya premis hiburan, pusat fesyen antarabangsa, penempatan dan aktiviti kapal layar taman bersejarah, taman kebudayaan dan resort pelancongan yang bakal menawarkan 15,000 peluang pekerjaan.

Bagaimanapun, pada 3 Oktober 2020, kerajaan Melaka menamatkan perjanjian penambakan laut bersama KAJ Development (KAJD) Sdn Bhd iaitu syarikat pemaju pembangunan Melaka Gateway.

Ia ditamatkan dengan alasan syarikat berkenaan didapati gagal menyiapkan projek mengikut tempoh ditetapkan. - Getaran, 19 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

RM1.06 Bilion Bangunkan Projek Infrastruktur Sabah Tahun Ini - Ahmad Zahid

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pembangunan Mersing Perlu Kerjasama Kerajaan Johor, Persekutuan - MB

3

Semasa 3 tahun yang lalu

RMK12: Kerajaan Perpaduan Luluskan 436 Projek Bernilai RM22.17 Bilion Di Kelantan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Dakwaan Rasuah Libatkan Projek Petronas Disiasat - SPRM

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad