web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aset Dana 1MDB Bernilai RM20.5 Bilion Dipulangkan Kepada Kerajaan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2021 12:15PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama dan bantuan agensi-agensi penguat kuasa antarabangsa berjaya memulangkan aset dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah RM20,530,433,626.97 kepada kerajaan Malaysia.

Menerusi satu kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan pihaknya sedang giat meneruskan pemulihan aset dana 1MDB di dalam dan luar negara seperti Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Taiwan dan Singapura.

Terbaharu pada 12 November lepas, Commercial Affairs Department (CAD) Singapura telah membuat pemulangan wang milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd (SRC) Nik Faisal Ariff Kamil kepada kerajaan Malaysia menerusi Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset milik Kementerian Kewangan Malaysia berjumlah AS$864,813.27.

Sebelum ini, SPRM memberitahu kerajaan Singapura juga telah membantu dalam pemulangan aset sebanyak AS$15.4 juta kepada Malaysia melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd milik Datuk Tawfiq Ayman dan Samuel Goh.

"SPRM juga sedang dalam usaha untuk pemulihan aset bagi negara-negara seperti Switzerland, Kuwait, Mauritius, Cyprus, Hong Kong melibatkan individu yang mempunyai kaitan dengan kes 1MDB,” katanya.

Pada 12 Mei lepas, Kementerian Kewangan memaklumkan kira-kira RM1.9 bilion (AS$452.36 juta) telah didepositkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ), dan wang berkenaan adalah sebahagian daripada dana berkaitan 1MDB yang telah disita.

Sehingga kini, Akaun Amanah berkenaan – di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara – telah menerima sebanyak RM16.05 bilion dana yang disita dan dipulangkan berkaitan 1MDB.

Jumlah di dalam Akaun Amanah berkenaan akan digunakan untuk melunaskan baki hutang 1MDB dan SRC.

Menurut Kementerian Kewangan, setakat ini kerajaan telah melunaskan sebanyak RM12.4 bilion hutang 1MDB dan RM3.1 bilion hutang SRC. Baki hutang merangkumi prinsipal dan kupon, keuntungan, faedah bagi bon, Sukuk dan pinjaman berjangka, adalah sebanyak RM39.8 billion (1MDB) dan RM2.57 bilion (SRC).

Usaha pemulihan aset oleh kerajaan pada masa ini memfokuskan kepada pihak-pihak yang telah menyebabkan kerugian kepada 1MDB dan SRC semasa menjalankan tanggungjawab mereka, sama ada melalui penglibatan secara langsung atau tidak langsung dalam pelbagai operasi dan transaksi 1MDB dan SRC. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad