Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Program RMT Perlu Diperluas Kepada Golongan M40

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2021 8:10AM

Pelaksanaan RMT dan PSS perlu diperluaskan bukan hanya kepada golongan B40, malah turut melibatkan M40. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan Program Sarapan Percuma (PSP) tidak lagi diteruskan pada sesi persekolahan tahun depan.

Sebaliknya, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, KPM akan meneruskan pelaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah (PSS) bagi murid B40.

Susulan pemansuhan, Persatuan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) berharap agar dua program yang akan diteruskan itu memberi lebih manfaat kepada golongan yang memerlukan.

Dr. Mohamad Ali Hasan
Dr. Mohamad Ali Hasan

Presidennya, Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, walaupun PSP dihentikan, program tersebut sebenarnya digantikan dengan program RMT dan PSS yang akan ditambah baik.

“Walaupun PSP tidak diteruskan, saya lihat ia bukan pemberhentian mutlak dan diharapkan program gantiannya itu lebih baik dalam memenuhi keperluan golongan sasaran.

“Makanan yang disediakan juga perlu lebih berkhasiat, berkualiti dan berkuantiti selain diagihkan kepada mereka yang amat memerlukan sebagaimana dilaksanakan di Jepun misalnya,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Menyedari ramai keluarga terjejas akibat pandemik COVID-19, Mohamad Ali menyarankan kepada kerajaan agar memperluaskan program RMT kepada golongan M40.

Katanya, ini berikutan KPM memaklumkan program tersebut dilaksanakan kepada murid B40 yang layak di sekolah rendah.

“Ramai ibu bapa golongan M40 mengadu kepada saya mereka juga tersepit ketika ini, terutamanya bagi ketua keluarga yang tidak bekerja kerana diberhentikan, menyebabkan punca pendapatan keluarga berkurangan.

“Jadi saya berharap agar golongan tersebut juga dipertimbangkan untuk program tersebut terutamanya keluarga yang tinggal di bandar dan memilik anak ramai,” katanya.

Beliau berkata, keputusan kerajaan menghentikan PSP merupakan satu langkah wajar dilakukan untuk mengelakkan pembaziran.

“Kalau untuk semua tentunya ada pembaziran. Takkan anak mereka yang kaya juga diberikan PSP? Saya percaya sudah tentu golongan itu sudah disediakan sarapan berkhasiat di rumah masing-masing.

“Jadi pada pendapat saya program ini perlu diberikan kepada mereka lebih layak. Kita kena biasakan sikap bantu-membantu kepada mereka yang benar-benar memerlukan dalam Keluarga Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, beliau menggesa kerajaan supaya melakukan pemantauan kualiti makanan yang disediakan.

“Selain pemantauan, ‘spot check’ perlu dilakukan dari semasa ke semasa terhadap kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan dalam program RMT.

“Ia perlu dilakukan tanpa ‘fear and favour’ dengan seikhlasnya. Murid-murid juga perlu diberikan hidangan berkualiti dan sihat termasuk dari aspek nutrisi,” katanya.

Pada Selasa lalu, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik meluahkan kekecewaannya terhadap keputusan kerajaan menghentikan PSP.

Maszlee yang juga bekas menteri pendidikan menegaskan, RMT hanya menyasarkan murid daripada keluarga B40, sedangkan PSP diwujudkan untuk semua murid tanpa mengira latar belakang atau kedudukan.

“Buat rakyat Malaysia dan guru, saya telah mencuba, saya telah perjuangkan. Malangnya KPM dan menterinya tidak berminat untuk melaksanakan PSP,” katanya.

Ketika memegang jawatan sebagai menteri pendidikan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Maszlee mengumumkan pelaksanaan PSP 2020 yang layak diterima semua murid sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan, namun ia tergendala selepas kerajaan bertukar.

Program itu bertujuan menyediakan makanan berkhasiat mengikut nilai kalori dan amalan pemakanan seimbang, bagi memastikan murid mengamalkan pengambilan sarapan, gaya hidup sihat serta merangsang proses tumbesaran dengan lebih baik. - Getaran, 19 November 2021

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Lagenda Liverpool Memenangi Battle Of The Reds

oleh Manvir Victor

Semasa 6 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Aktiviti Mencurigakan, Pusat Keagamaan Disiasat

Semasa 1 hari yang lalu

Pedofilia MRSM Tumpat: Polis Selesai Panggil 14 Individu 

Semasa 18 jam yang lalu

Chegu Bard Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Hari Ini

oleh Wartawan Getaran