web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bayi Dibuang Dalam Semak, Adik Beradik Jadi Penyelamat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 8:57PM

Seorang bayi lelaki ditemukan di dalam semak, di belakang rumah sewa Alban Nyuang, Jalan Mission, Song hari ini.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SONG - Tindakan pantas seorang wanita bersama abangnya berjaya menyelamatkan nyawa seorang bayi malang yang dibuang di kawasan semak belakang rumah sewa Alban Nyuang, Jalan Mission, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Song, Deputi Superintendan (DSP) Rowney Jalak berkata, dalam kejadian jam 9 pagi itu, wanita berkenaan yang juga penyewa di kawasan tersebut mendengar tangisan bayi dari arah belakang rumah mereka.

Menurut beliau, dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada abangnya yang berusia 32 tahun.

"Ingin mendapat kepastian, mereka berdua membuat pemeriksaan di belakang rumah dan menjumpai seorang bayi diletakkan di atas rumput dan daun kering," katanya hari ini.

Getaran difahamkan, bayi yang cukup sifat itu ketika ditemui masih bertali pusat ditinggalkan tanpa sebarang pakaian.

Beliau berkata, abang wanita berkenaan kemudian tampil ke balai polis membuat laporan untuk tindakan selanjutnya.

"Bayi itu dijumpai lebih kurang 10 meter dari belakang rumah, iaitu kawasan bersemak di bawah," ujarnya.

Rowney berkata, bayi malang tersebut telah dirujuk ke Klinik Kesihatan Song untuk pemeriksaan dan rawatan," jelasnya.

Katanya, Jabatan Kebajikan Daerah Kapit telah dimaklumkan berhubung penemuan bayi terbabit.

"Kita memohon saksi kejadian tampil ke hadapan memberi keterangan dengan menghubungi Balai Polis Song ditalian 084 -777222.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi," katanya.- Getaran, 18 November 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad