web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najib Terima Hadiah Rumah Dan Tanah, PH Kaji Semula Kerjasama Dengan Kerajaan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 9:05PM

Tengku Zafrul Abdul Aziz - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) akan mengkaji semula segala bentuk persefahaman bersama kerajaan, susulan permohonan diterima Kementerian Kewangan, berhubung hadiah ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak. 

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya terkejut apabila mendapat pengesahan daripada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa Kabinet telah menerima satu permohonan untuk menghadiahkan sebidang tanah dan sebuah rumah kepada Ahli Parlimen Pekan yang dianggarkan bernilai RM100 juta.

"Perkara ini tidak pernah dibincang atau dimaklumkan kepada kami dalam sebarang pertemuan dengan wakil pihak kerajaan," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, tindakan Kabinet menghadiahkan tanah dan rumah kepada seorang yang telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah, dianggap satu keputusan paling tidak bermoral serta sukar diterima akal. 

"Pada saat rakyat sedang menderita, doktor kontrak yang masih tidak jelas nasib mereka, anak-anak B50 berdepan pelbagai rintangan dan halangan untuk belajar serta begitu ramai rakyat Malaysia yang hilang pendapatan, tempat tinggal, malah juga nyawa, bagaimana Najib Razak telah dihadiahkan rumah dan tanah?

"Rakyat pasti tidak lupa bagaimana Ahli Parlimen Pekan telah mengakibatkan kerajaan dan rakyat Malaysia terpaksa menanggung hutang setinggi RM32 bilion akibat kebobrokan dan kecurangan 1MDB," tegasnya.

Beliau yang jelas berang dengan perkara itu berkata, sehingga hari ini, Najib masih gagal menjelaskan bagaimana sejumlah wang dan barang kemas yang dianggarkan bernilai ratusan juta ada dalam milikan beliau dan isteri.

"Keputusan yang amat mengejutkan ini memaksa kami untuk mengkaji semula segala bentuk persefahaman yang wujud sehingga kini," katanya. - Getaran, 18 November 2021.

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar