web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Kartel Projek' Bolot Projek GLC Di Kedah - MB

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 5:45PM

Muhammad Sanusi Md Nor menunjukkan Buku Ucapan Bajet 2022 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa berlaku kegiatan ‘kartel projek’ oleh pihak tertentu yang membolot tender yang dikeluarkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik kerajaan negeri.

Katanya kerajaan negeri sedang meneliti perkara itu dan mencari jalan bagi membanteras kegiatan yang menurutnya dilakukan oleh ‘tauke-tauke’ besar.

“Saya nak berterus teranglah, di GLC nampak ada yang jadi kartel. Kalau ada 10 sebut harga masuk, sembilan dia (kartel) punya. Saya rasa bukan GLC di negeri sahaja, di peringkat persekutuan pun berlaku macam itu.

“Di semua tempat, sudah ada kartel-kartel yang begitu mencengkam di agensi-agensi atau tempat di mana ekonomi dan duit dijana,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Johari Abdul (PKR-Gurun) yang bertanya sama ada kerajaan negeri bersedia menutup GLC yang tidak menjana keuntungan.

Muhammad Sanusi berkata apabila ada projek-projek yang ditawarkan, kartel berkenaan akan menghantar banyak sebut harga menyebabkan mereka mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat projek.

“Ini berlaku di semua sistem ekonomi kita, bukan di Kedah sahaja, tetapi juga di Kuala Lumpur terjadi. Saya harap di Kedah ini kita dapat atasi dan kita akan perangi semua kartel yang ada,” katanya.

Dalam sidang media selepas persidangan DUN, beliau berkata isu itu dikatakan telah berlaku sekian lama, ada syarikat kontraktor yang sering mendapat projek-projek yang ditawarkan oleh GLC tertentu sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan kontraktor lain.

“Jika perkara ini telah diatasi di peringkat GLC saya ucapkan terima kasih, jika belum, tidak kiralah GLC mana pun perkara ini perlu dihentikan, berikan keadilan kepada semua orang,” katanya.

Beliau menambah, sekiranya perkara itu masih berlaku pihaknya akan mengambil tindakan melaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan agar isu berkenaan tidak menjadi barah yang merosakkan ekonomi negeri. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar