web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kempen ‘Year End Zakat’ Sasar Kutipan RM800 Juta Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 7:38AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM800 juta pada tahun ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata dari Januari hingga Oktober 2021, sebanyak RM577 juta kutipan zakat diperoleh daripada 348,000 pembayar zakat di sekitar Kuala Lumpur. 

Beliau berkata daripada jumlah RM577 juta itu, sebanyak RM555 juta telah diagihkan kepada penerima zakat menerusi pelbagai skim agihan zakat.

“Kami berharap dengan adanya Kempen ‘Year End Zakat’ (YEZ) bermula semalam sehingga 31 Disember, kutipan yang kami sasarkan akan berjaya. Jadi saya berharap tiada lagi alasan untuk kita tidak menunaikan kewajipan berzakat.

 Kempen YEZ yang diadakan bertujuan untuk orang ramai menyegerakan tanggungjawab berzakat selewat-lewatnya pada 31 Disember ini, bagi mendapatkan rebat cukai pendapatan taksiran tahun 2021 dan menikmati skim khairat kematian,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen YEZ 2021 di sini, semalam.

Abdul Hakim berkata setiap pembayar zakat boleh mendapat  rebat cukai pendapatan individu dan mereka juga boleh menikmati skim “Kafalah Muzakki” atau skim khairat kematian sehingga RM3,000 khususnya kepada pembayar zakat yang membayar di PPZ- MAIWP.

Susulan itu, beliau berkata pelbagai kemudahan saluran pembayaran zakat telah disediakan oleh pihaknya bagi memudahkan pembayar zakat dengan adanya saluran nilai tambah baharu iaitu ZAKAT+.

“Antara kemudahan saluran-saluran pembayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP adalah yang terbaru ZAKAT+ @MYtemujanji, 10 kaunter PPZ-MAIWP yang dibuka setiap hari termasuk cuti umum, portal PPZ-MAIWP dan aplikasi MYZAKAT, “ katanya.

 Abdul Hakim berkata ZAKAT+ juga berperanan sebagai pusat sehenti bagi memberi pilihan kepada pembayar zakat untuk menetapkan janji temu bagi perkhidmatan Kaunter Zakat Digital, Kaunter Zakat Bergerak, “Door To Door”  (Pintu ke Pintu) dan Ride2u.

Selain itu, PPZ-MAIWP juga menyediakan pelbagai program-program menarik seperti “Super Sunday”, Kempen 12.12 serta Kuiz Zakat dan para peserta yang menyertai program ini akan mendapat pelbagai hadiah istimewa.

“Aktiviti ‘Super Sunday’ akan berlangsung di kaunter PPZ-MAIWP dan 10 pembayar terawal akan menerima cenderahati istimewa pada setiap hari Ahad sepanjang bulan Disember.

“Pada masa yang sama, menerusi kempen 12.12 di portal www.zakat.my, seramai 100 pembayar zakat yang membuat bayaran pada 8 hingga 12 Disember berpeluang memenangi e-baucar daripada (aplikasi) ‘Setel’ bernilai RM50, “ katanya.

Abdul Hakim berkata para pembayar zakat berpeluang menerima pelbagai hadiah istimewa menerusi cabutan bertuah, antaranya alat memasak pelbagai fungsi, Thermomix, pembersih hampagas Dyson V12 dan iPhone 13 mini. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad