Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tambakan Laut Melaka, Luka Lama Berdarah Kembali - Aktivis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 1:48PM

Projek Melaka Gateway diberhentikan separuh jalan gara-gara terpalit dengan kes korupsi di bawah siasatan SPRM. - Gambar oleh Mustaffa Kamal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR HILIR - Isu penambakan laut di Selat Melaka mutakhir ini ibarat luka lama berdarah kembali, tatkala suhu politik kian hangat gara-gara tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semakin menghampiri.

Enggan melihat pisang berbuah dua kali, aktivis alam sekitar, Chen Run Jia meluangkan masa dengan Getaran bagi menceritakan perihal sejarah penambakan laut di Melaka.

“Melaka mula menambak lautnya sepanjang tahun 1985 hingga 1990,” katanya yang juga jurucakap bagi gerakan anti-penambakan laut, Save Our Oceans (SOS).

Pada tahun tersebut, jelas Run Jia, kerajaan negeri yang berada di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) telah memulakan projek tambak laut untuk menghasilkan Pulau Melaka, iaitu sebuah pulau buatan.

“Projek itu adalah satu kegagalan yang diketahui ramai rakyat Melaka.

“Ramai pelabur yang membeli lot-lot kedai di sana terpaksa tunggu sampai 30 tahun untuk mendapatkan CF (Sijil Perakuan Kelayakan),” katanya.

Jelasnya lagi, Pulau Melaka sekarang sudah menjadi seperti sebuah “pekan mati”.

Dakwaan Run Jia ternyata benar kerana  tinjauan Getaran di Pulau Melaka mendapati, sebahagian besar bangunan komersial serta lot-lot kedai yang dibina di situ tidak berpenghuni.

Arab City Melaka merupakan projek kerajaan BN yang pembangunannya bermula pada tahun 2009. - Gambar oleh Mustaffa Kamal
Arab City Melaka merupakan projek kerajaan BN yang pembangunannya bermula pada tahun 2009. - Gambar oleh Mustaffa Kamal

Kawasan pembangunan yang kononnya telah dan mampu menarik pelabur dari Asia Barat dengan jolokan Arab City Melaka, yang bernilai RM1 billion juga terbengkalai.

Untuk rekod, Arab City Melaka merupakan projek kerajaan BN yang pembangunannya bermula pada tahun 2009.

Ia dikatakan berupaya menjana peluang pekerjaan kepada 800, dengan kuota 75 peratus daripadanya akan diberi kepada warga tempatan.

Projek Melaka Gateway yang pembangunannya di bahagian kiri Pulau Melaka dan terpaksa diberhentikan separuh jalan juga berkongsi nasib sama, gara-gara terpalit dengan kes korupsi di bawah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Itu Arab City, Melaka Gateway, semuanya gagal. Tapi sekarang mereka mahu buat lagi projek tambak laut yang lebih besar,” kata Run Jia, merujuk kepada projek Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) yang juga membabitkan aktiviti penambakan laut seluas 33 kilometer.

Pembangunan M-WEZ diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Mohd Ali di bawah pemerintahan BN pada 26 Ogos, 2020.

Semalam, bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, jika Pakatan Harapan (PH) diberi mandat rakyat, beliau akan ‘memberi perhatian secara khusus’ dalam pelbagai membabitkan pengurusan penambakan laut.

Deretan bangunan kedai yang tidak berpenghuni di Pulau Melaka. - Gambar oleh Mustaffa Kamal
Deretan bangunan kedai yang tidak berpenghuni di Pulau Melaka. - Gambar oleh Mustaffa Kamal

“Kita akan pastikan bahawa semua projek yang membabitkan perkara ini dijalankan secara mampan dan sistematik.

“Contohnya, M-WEZ tidak sesuai untuk dibangunkan kerana kawasan tersebut adalah zon penting buat hal-ehwal perikanan yang menjadi sumber makanan kepada orang Melaka.

“Sebab itulah semasa PH memerintah Melaka selama 22 bulan dahulu [sejak Mei 2018], kerajaan negeri membuat keputusan untuk menghentikan semua projek penambakan laut,” katanya dalam satu sidang media di Bukit Katil semalam.

Pada 20 November nanti, Adly akan mengharungi pertembungan empat penjuru yang membabitkan calon daripada BN, Perikatan Nasional dan Bebas. - Getaran, 15 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Reman 6 Suspek Sindiket Dadah Disambung 7 Hari

3

Budaya 2 bulan yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Laungan Keramat 'Merdeka' Kembali Bergema Di Banda Hilir Selepas 68 Tahun

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Pesawat Ringan Terhempas, 2 Terselamat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Semasa 1 hari yang lalu

Program IPR ‘Durian Runtuh’ Kepada Suri Rumah, Ibu Tunggal Jana Pendapatan Lumayan