web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Memandu Bawah Pengaruh Dadah, 2 Pemuda Cuba Lari Daripada Polis Terbabas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 1:52PM

Tular gambar di media sosial menunjukkan 2 lelaki cuba melarikan diri daripada polis namun kereta yang mereka naiki terbabas di Kampung Manal, Tanah Merah, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANAH MERAH - Tindakan dua pemuda memandu di bawah pengaruh dadah dan cuba melarikan diri daripada polis akhirnya mengundang padah, apabila kedua-dua mereka terbabas di Kampung Manal di sini.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan (DSP) Zainuddin Md Yusuf berkata, mereka yang menaiki sebuah Proton Waja memecut laju kenderaan berkenaan untuk mengelak daripada ditahan.

Menurut beliau, insiden pada jam 5.35 petang itu turut tular di media sosial.

"Video yang tular itu memaparkan sebuah kereta berwarna putih terbabas selepas dikejar unit kenderaan pelbagai guna (MPV) milik polis.

"Ia bermula apabila MPV milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah terserempak dengan kenderaan yang dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan di Kampung Bendang Nyior," katanya di sini hari ini.

Zainuddin berkata, suspek bertindak memecut kenderaan itu ketika MPV terbabit berhenti untuk membuat pemeriksaan.

"Mereka dikejar sejauh 10 kilometer dengan bantuan unit kereta peronda dan unit rondaan bermotosikal (URB) sebelum Proton Waja itu terbabas di Kampung Manal.

"Mereka hanya mengalami kecederaan ringan, dan tidak berlaku apa-apa perlanggaran dengan orang awam," katanya.

Zainuddin berkata, pemeriksaan tidak menjumpai sebarang benda terlarang pada mereka, namun kedua-duanya disahkan tidak memiliki lesen memandu.

"Ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis metafetamin.

"Kedua-dua suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990," katanya. - Getaran, 12 November 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad