web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tangani Harga Kit Ujian Kendiri, Bantu Golongan Memerlukan - Pakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 8:22AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lambakan kit ujian kendiri COVID-19 di pasaran ketika ini menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai isu keselamatan dan kualiti produk itu sendiri.

Walaupun keputusan tersebut dilihat akan memudahkan rakyat, namun perluasan penjualan yang kini dibuka kepada pelbagai jenis outlet membuka ruang kepada wujudnya kit ujian tiruan.

Situasi sama sudah berlaku sebelum ini berdasarkan kes pelitup muka tiruan yang dikesan seawal pandemik COVID-19 bermula.

Dr Halimatus Sakdiah Minhat
Dr Halimatus Sakdiah Minhat

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat berkata, orang ramai digesa hanya membeli kit ujian kendiri COVID-19 yang diberi kelulusan bersyarat oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Menurutnya, setakat ini hanya 58 kit ujian kendiri COVID-19 diluluskan MDA, seperti diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) beberapa hari lalu.

Orang ramai katanya, perlu menyemak senarai kit ujian kendiri yang diluluskan melalui laman web MDA untuk mengelak terbeli produk tiruan.

“Pada saya kit ujian ini sememangnya perlu mudah diperolehi untuk memastikan jangkitan COVID-19 dikesan dengan cepat.

“Ia penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan melakukan ujian saringan, kuarantin kendiri dan mendapatkan rawatan sekiranya bergejala,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Dr Halimatus Sakdiah bagaimanapun berkata, penjualan kit ujian itu perlu dipantau supaya bekalan tersebut hanya diedar kepada premis berdaftar bagi mengelak lambakan produk tiruan membanjiri pasaran.

“Isu kit ujian tiruan boleh menyebabkan peningkatan kepada keputusan negatif tidak sah, sekali gus membolehkan individu positif COVID-19 bebas bergerak sehingga menjangkiti orang lain.

“Walaupun belum ada lagi isu yang berkait dengan peningkatan kes disebabkan kit ujian tiruan, tapi kita tak boleh bertindak hanya selepas perkara itu berlaku,” katanya.

Tegas beliau, tindakan sewajarnya perlu diambil untuk meningkatkan keyakinan rakyat agar terus melakukan ujian saringan seperti disarankan kerajaan.

Dr Halimatus Sakdiah juga berpendapat, harga kit ujian itu yang boleh didapati serendah RM6.90 amat berpatutan walaupun ia mungkin menjadi beban kepada golongan kurang berkemampuan.

“Jika harga itu sudah dipersetujui KKM dan Persatuan Farmasi Malaysia, saya rasa harga itu dah okey.

“Namun bagi mereka yang berpendapatan rendah mungkin ada sedikit kekangan. Bila tak cukup duit ujian saringan bukan lagi menjadi keutamaan mereka,” katanya.

Susulan itu, beliau menggesa kerajaan supaya memberi bantuan subsidi kit ujian COVID-19 kepada golongan yang memerlukan.

“Pada saya memang terdapat keperluan untuk subsidi ini diwujudkan kepada mereka yang kurang berkemampuan, bagi memastikan saranan kerajaan tetap dipatuhi.

“Golongan berpendapatan rendah ini ada antara mereka yang membuat pelbagai kerja untuk menampung kos kehidupan seharian, sehingga tidak lagi memikirkan risiko kesihatan kerana kekangan kewangan,” katanya.

Terdahulu, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang menerusi satu temu bual bersama Getaran menyifatkan, keputusan memperluaskan penjualan kit tersebut bukan langkah tepat untuk memerangi wabak berbahaya itu.

Tegas beliau, kit ujian kendiri seharusnya dijual di farmasi berlesen atau fasiliti penjagaan kesihatan swasta sebagaimana ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini dan bukannya diperluaskan kepada pelbagai outlet.

Tindakan itu tegasnya, membuka ruang kepada penjualan kit tiruan di pasaran. - Getaran, 9 November 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad